Keselamatan UKM perlu dipertingkat

29 Julai 2010, Bangi – Seorang pelajar amat terkejut dan sedih apabila melihat keadaan pintu keretanya yang remuk dilanggar. Kejadian berlaku sewaktu pelajar tersebut sedang bersukan di stadium. Keretanya, Proton Iswara berwarna hitam yang diletakkan di tempat letak kereta stadium didapati remuk pintunya setelah dia selesai bersukan bersama-sama 4 orang rakannya. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes langgar lari.

Terdahulu, kejadian yang sama berlaku di Kolej Ungku Omar pada semester yang lepas. Kenderaan pemilik ‘Cyber Café’  kolej tersebut didapati remuk sebaik sahaja dia ingin menggunakannya. Malangnya, tiada nota yang ditinggalkan oleh pemangsa sebagai peluang untuk mangsa menuntut ganti rugi.

Berkaitan kes kecurian motor, seorang pelajar tahun 1 dari Fakulti Pengajian Islam telah membuat aduan kehilangan motorsikal kepada pihak Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam. Pelajar tersebut dikatakan baru seminggu membawa motorsikal ke kampus amat sedih apabila mendapati motorsikalnya yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan sudah tiada.

Kejadian kes langgar lari dan kecurian kenderaan ini amat mengancam keselamatan warga kampus. Pihak yang bertanggungjawab khususnya harus memainkan peranan penting untuk meningkatkan mutu keselamatan seluruh warga kampus. Program-program yang memberi kesedaran kepada mahasiswa agar sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan barangan milik peribadi amatlah dipuji. Hal ini adalah untuk meningkatkan tahap berjaga-jaga seluruh warga UKM supaya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku dapat dielakkan sekaligus melahirkan rasa kebertanggungjawaban ke atas diri pesalah. NadiUKM mengucapkan tahniah kepada pihak keselamatan UKM kerana telah bertungkus lumus mengawal di pintu keluar masuk UKM yang kini menjadi semakin ketat berbanding semester lalu. Ini sedikit sebanyak menjadi satu usaha untuk mengelakkan orang luar yang dicurigai untuk masuk ke UKM.-NadiUKM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: