Gelombang ASPIRASI VS Gelombang GMUKM

Bangi, 12 Ogos 2010- Haluan kanan politik kampus UKM iaitu Aspirasi telah melancarkan Tsunami Biru pada setiap hari Khamis bermula hari ini.

Saudara Mohammad Hakimy Bin Jury yang merupakan salah seorang aktivis kumpulan tersebut berkata warna biru ini melambangkan sokongan mereka terhadap UKM yang menggunakan tema warna biru.

Kumpulan haluan kiri pula iaitu Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang sudah lama mengadakan tema warna ungu pada setiap hari Khamis sejak tahun 2008 telah mendapat saingan sengit dari pihak Aspirasi pada tahun ini. NadiUKM memandang persaingan pada semester ini lebih sengit berbanding yang sebelumnya.

Sebelum ini, debat perdana telah diadakan yang menampilkan kedua-dua belah pihak berbicara isu Minggu Mesra Pelajar. Pada ketika ini pula Aspirasi tampil menganjurkan Tsunami Biru pada setiap hari Khamis, menampakkan mereka telah bersedia untuk menandingi GMUKM.-NadiUKM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: