Tahniah Graduan UKM!

Bangi, 11 Ogos 2010- Majlis Konvokesyen UKM kali ke-38 telah berakhir semalam. Bermula 7 Ogos 2010, warga keluarga berpusu-pusu masuk ke UKM bermula jam 7.00 pagi bagi meraikan kejayaan graduan UKM.

Lazimnya setiap tahun Majlis Konvokesyen pasti mengumumkan penerima anugerah-anugerah istimewa. Saudari Syakirah Binti Edrus dari Fakulti Pengajian Islam dan Muhammad Adnan Bin Pitchan dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dipilih sebagai penerima Anugerah Tun Abdul Razak. Penerima Anugerah Naib Canselor pula adalah Saudari Farin Binti Masra. Manakala Nazirah Binti Hassan dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan serta Sophia Marie Chung Suet Wan dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan telah diangkat menjadi penerima Anugerah Pelajaran Diraja.

UKM sangat berbangga dengan penerima anugerah ini kerana mereka merupakan ikon mahasiswa yang baik dengan kecemerlangan akademik mampu menjadi contoh kepada mahasiswa lain.

“Saya selalu menjadi ‘guru’ kepada rakan-rakan yang memerlukan bantuan saya serta menjadi ‘kawan’ kepada pensyarah iaitu bertanya apabila berdepan dengan sesuatu kemusykilan pelajaran,” kata Saudari Nazirah Binti Hassan yang merupakan anak bongsu bagi pasangan Hassan Mohd. Ali dan Fatimah Tamri.

Semangatnya tinggi kerana beliau merupakan satu-satunya anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Beliau ingin membanggakan kedua ibu bapanya dengan kecemerlangan akademik yang berjaya diperoleh dan akhirnya beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja UKM.

NadiUKM mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian di UKM.-NadiUKM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: