Pesta Konvo UKM ke-38 Suram

Bangi,13 Ogos 2010-Disebalik hamburan pujian dan ucapan tahniah buat semua graduan UKM yang berjaya menamatkan pengajian mereka di UKM dan menerima penghargaan dalam MajliS Konvokesyen UKM yang berjalan serentak dengan Pesta Konvo baru-baru ini,pihak NADI telah menerima beberapa aduan dan rasa tidak puas hati terhadap beberapa aspek ketika Pesta Konvo berlansung daripada para pengunjung dan ibu bapa mahasiswa UKM.

Pesta Konvo yang berlangsung pada 4 Ogos hingga 9 Ogos telah dianjurkan serta diuruskan oleh Sekretariat Pesta Konvo PMUKM yang dipengerusikan oleh Saudara Mohd Hazwan Hamidun dibantu oleh Saudara Muhammad Sollehuddin A Jalil selaku Pengarah Eksekutif telah mendapat beberapa kritikan dan aduan daripada para pengunjung termasuklah mereka yang terlibat sendiri dalam menjayakan program tersebut.

Salah seorang ahli Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) UKM yang tidak mahu namanya disebut yang telah terlibat dalam persembahan demo Silat Gayong pada malam perasmian Pesta Konvo UKM oleh Tuanku Cancelor telah menyatakan rasa kesal dan kecewa terhadap tahap pengurusan dan teknikal Sekteriat Pesta Konvo kepada salah seorang wartawan NADI,”Sungguh malang bila kami merasakan bahawa koordinator Pesta Konvo gagal menyediakan bahagian pengurusan teknikal pada tahap yang terbaik ketika kami diminta untuk membuat persembahan demo silat sehinggakan menyebabkan persembahan kami terganggu dan tidak mampu berjalan dengan baik. Susun atur alatan dan kedudukan pentas yang tidak strategik menyebabkan kami merasa tidak selesa ketika melakukan persembahan”.

Difahamkan bahawa kebanyakan para peniaga dan mereka yang membuka gerai di tapak jualan Pesta Konvo meluahkan kekesalan mereka terhadap kegagalan pihak penganjur menarik minat pelajar UKM untuk ke gerai jualan secara konsisten. Penglibatan mahasiswa UKM sendiri kali ini dalam menjayakan sambutan Pesta Konvo kali ini nyata amat mengecewakan dan hal ini menyebabkan ramai penjual merasakan pelaburan mereka di tapak jualan Pesta Konvo telah membawa kerugian kepada pihak mereka.

Situasi ini setelah dikaji, NADI mendapati bahawa faktor kelewatan publisiti dan promosi Pesta Konvo oleh Sakteriat Pesta Konvo UKM telah menjadi penyebab utama yang menyumbang ke arah kegagalan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Pesta Konvo UKM. Banner dan banting promosi Pesta Konvo giat digantung di sekitar selangor seminggu sebelum program berlangsung namun poster untuk publisiti di dalam kampus khususnya di kolej ditampal sehari sebelum program. Akibatnya mahasiswa UKM kurang berasa aura Pesta Konvo malah ada juga yang tidak mengetahui program tersebut akan berlangsung.

Wartawan NADI menemu bual beberapa orang pengunjung, rata-rata mereka mengatakan bahawa Pesta Konvo kali ini suram berbanding tahun lalu dan tidak mencerminkan nilai keintelektualan yang dibawa oleh UKM. Kebanyakan pelajar tahun akhir menyifatkan bahawa Sekteriat Pesta Konvo kali ini gagal membawa idea baru dalam merancakkan lagi Pesta Konvo berbanding hanya meniru hampir seratus peratus pembawakan sesi lepas dan hanya urusetia Sekteriat sahaja bertukar saban tahun.

“Saya berasa Pesta Konvo kali ini tidak lebih dari hanya menjadi medan hiburan pelajar UKM semata-mata dan menyifatkan bahawa ini adalah hasil terjemahan kepimpinan PMUKM sesi ini. Kenyataan Presiden PMUKM, Saudara Hamzah bahawa Pesta Konvo adalah program mega dan terbesar yang diuruskan oleh PMUKM gagal diterjemahkan oleh pihak pengurusan Sekteriat bagi menggagaskan wawasan Presiden PMUKM kali ini apabila wujud kelemahan yang besar. Saya berharap pihak Sekretariat mengambil iktibar atas kesilapan yang berlaku dan haruslah diingatkan program ini membawa nama universiti, oleh itu kita mahasiswa perlu mencerminkan keintelektualan UKM menerusi program yang dianjurkan,” luah Denni mahasiswi tahun akhir.

Persoalannya disini ialah, sejauh manakah pihak PMUKM sendiri sebagai penganjur utama Pesta Konvo dan Majlis Konvokesyen UKM telah berusaha dalam membawa mesej keintelektualan mahasiswa UKM dalam program ini kerana umum mengetahui bahawa program ini adalah cerminan kepada imej kepimpinanan PMUKM sesi ini. Kegagalan untuk membuat perubahan dari segi idea dan pelaksanaan program nyata telah menjejaskan kredibiliti PMUKM sebagai penganjur utama Pesta Konvo dan hal ini secara tidak lansung menyebabkan rata-rata pelajar mempersoalkan tentang keberkesanan kepimpinan PMUKM yang diterajui oleh Saudara Hamzah dalam proses pemilihan AJK tertinggi Sekretariat Pesta Konvo yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kelancaran dan keberjayaan Pesta Konvo kali ini-NadiUKM

Advertisements

46 Responses

  1. Saya setuju..bleh dikatakan setiap tahun Pesta Konvo UKM x de beza dengan sebuah fun fair atau pasar malam.benda2 mcmtuuh patutnya dikurangkan daaah..tambah lah sket dgn bnde2 yg mnjana pemikiran ataupun pngetahuan lg2 kalo org luar dtg ke pesta konvo UKM of coz laah nk merasai kehebatan pelajar2 or pensyarah2 UKM…hampeh betul penganjuran

    • kepada saudara pengunjung,anda sepatutnye bersyukur n berbgga menjd slh seorg warga ukm coz prgrm pesta konvo ukm la satu2 nya prgrm yg hampir 100% dirancang dan dijalankn oleh para mahasiswa/i ukm tu sndiri.ini sgt berbeza drpd prgrm pesta konvo ipta2 yg len, dimana kebykn nye dibuat dan dijalankn dibwh pengurusan pihak ipta itu sndiri.
      ajk2 pesta konvo ni terdiri drpd pelajar tahun 1 hinggala ke tahun akhir. mereka2 inila yg sggup korbankn masa dan tenaga selama5-6 bulan semata2 utk merancang prgm yg hny diadakn utk tmpoh seminggu. penat lelah itu usah la dikira,tp ape yg pntg bg ajk2 pesta konvo ni adalah pengalaman dan bukannye publisiti.sgl progrm yg mereka rncg bukan hny memfokuskn kpd hiburan semata2,tp ade juga prgm2 yg berteraskn ilmiah,keagaamaan,kebudayaan, aktiviti kesukanan, riadah dan tak lupe juga jualan2 mknn n pakaian.sume prgrm yg dirancang ade objektifnye. n diharapkn saudara pengunjung pun ingt,prgrm pesta konvo ini dibuat bertujuan utk meraikn mahasiswa/i yg berjaya menamatkn pengajian.
      jd harap2 saudara pengunjung pun akan ingt bhwsanya di kampus UKM bangi nila yg akn saudara dtg utk menghadiri majlis konvokesyen.jd spatutnye sdara kna bertrima ksh kpd mereka2 yg bertggjwb merancang dan mengadakan prgrm pesta konvo ni demi memeriahkn lg mjls konvokesyen sdara nnt. (kalau sdara berjaya grad)
      sy sbgi bekas ajk pesta konvo sndiri,slama 2thun sy mengutip pnglmn dlm sekretariat ini mmg mengaku kdg2 sgl ape yg kami rncg ade yg tak menjd.tp itula yg dipanggil cabaran. sy fhm dgn komen sdara yg merasakn prgrm pesta ini membosankn. n mungkin sdara sndiri xpernah merncg prgrm atau pernah ade pnglmn merancang prgrm (tp xsebesar prgrm pesta konvo) tp perasaan bosan itu akn melanda sdara jika sdara sndiri x mengambil inisiatif utk melibatkn diri dlm prgrm2 atau seminar/ xmengambil inisiatif utk bergaul2 dgn student2 ukm dr fkulti2 yg berlainan/ xmelihat suasana2 meriah diluar DG hinggala ke DECTAR dan sebagainye. jd trimala sgl kesilapan2 n kekurgn dr sdara sendiri.

      kepada pihak nadiukm pula,
      maaf ats komen sy jika ade terlanjur bhs dan perkataan, tp ape yg sy ingin sampaikn kpd pihak nadiukm, diharapkn selepas ini jika anda ingin membuat laporan tntg sesuatu prgrm, maka bertnyla kpd pihak yg bertggjwb, dan bukannye membuat tuduhan membuta tuli.kami juga manusia,ade perasaan masing2,tak slh utk mendptkn komen2 tetapi jgnla hny memfokuskn kpd sebelah pihak shj(pengunjung). jika ape yg anda smpikn tidak btol, itu sudah menjd fitnah.wallahua’llam. dihrpkn di bulan yg mulia ni kite tidak perlu bertikam lidah dan fokus pd beramal beribdt. smoga ape yg kite kongsikn dlm ruangn ni bole dijdkn pedoman utk mse akn dtg.amin.slm.

  2. kalo buat kat depan dectar lagi baik kot…
    jauh sgt nak jaln

  3. to pengunjung : datang tak bicara Ad-din?kalau tak datang tak usah la cerita pasal pengetahuan atau pemikiran.

    To betul: Dectar guna untuk konvokesyen kot.parent yg na tgk anak die konvo na parking mana?heeeeeeee

  4. aku pegilah putarbelit…setiap hari aku kesana sbb mnjaga pameran,kami dtg dr kampus KL mngharapkan yg terbaik penganjur dr kampus Bangi buat program,hurmmm memalukan UKM laah korang buat program…terimalah kritikan untuk korang bincang dlm postmortem..make sure no funfair or pasar malam anymore..

  5. kalau gitu kau pulak la try buat..baru kau tau kot rasenye kekangan and peningnye buat event tu.kekeke

  6. salam~

    dlm keadaan nih, bg pihak penganjur harus la mngambil kritikan ini dri sudut yg positif..bg para pngunjung, selain beri kritikan bg la jugak idea2 baru utk mreka buat pmbaharuan di masa akn dtg. jgn hnya tahu mgkritik sahaje~

    mgkin trdpt masalah trtentu yg trpksa dihadapi sprti mslh kewangan mmndgkn ekonomi negara yg x mnentu..xkesah la kampus kl or bangi yg penting ukm juga kn?? kritik pn kritik juga tp support tu tetap kna ade.. klo bkn student ukm sndri yg support sape lg??

    di harap pihak pnganjur akn dpt meningkatkn lg mutu pesta konvo di masa akn datang~ *peace*

  7. kepada betul,
    anda boleh fikir dengan betul atau tidak?cuba bagi sikit pelan tapak nak letak kat mana pentas jika buat depan DECTAR?atas jalan?tgh padang?nak tambah lagi kesesakan lalu lintas yg dah mmg sesak tiap tahun?lain kali fikir secara intelek…

    kepada pengunjung,
    jika anda kata tak ubah mcm fun fair,fun fair ade pameran fakulti?ade pameran kejayaan UKM?kalau kat luar tu buat pameran kerjaya,peniaga lain nak menjual kat mana?dalam dewan?kalau anda nak tahu,pihak sekretariat telah menjalankan karnival kerjaya semasa pesta..terdapat beberapa company dari luar utk bagi talk,tapi student yg SOMBONG BERLAGAK TAK MAHU DENGAR!!!lain kali kalau tak tahu jangan cakap…kita bagi peluang kepada peniaga luar utk menjual,itu salah ke?kita dah bahagikan tapak pesta tu kepada beberapa bahagian…dlm funfair ade ayamas ke,ade perodua ke…lain kali buka mata bila melihat…bkn pandang…LIHAT…kalau nak tahu,byk program dlm Pesta Konvo boleh menjana ilmu…dari aspek kebudayaan,kemahiran,mcm² lagi…dah ko tak join program,macam mane nak tau ade ilmu ke tak…da ko pon takder ilmu pasal program tu…

    kepada penulis,
    lain kali kalau nak jadi wartawan sangat,rujuk pihak penganjur…bkn main buat je..nampak sangat pihak pengarang penakut jumpa penganjur…nadi ukm konon…huh..sekian tq

  8. Setiap program pasti ada kekangan.
    Tak semua menjadi.
    Dectar telah di tempah oleh UKM untuk Jualan bunga sahaja. Parking kereta Ibu bapa Keluarga Sahabat handai nenek atuk dan semua.
    Tentulah Dewan Gemilang menjadi pusat Pesta Konvo.
    PestaKonvo telah bertapak 38 Tahun.
    DYMM turun ke Pesta Konvo dan segalanya berjalan baik selaku saya pernah mendengar daripada mulut DYMM sendiri ketika itu.
    Penggerai ada inisiatif sendiri promosikan gerai masing2. Setiap tahun penggerai yang sama adalah 60% dan selebihnya penggerai baru,
    Persoalannya. mengapa mereka masih mahu membuka gerai di tapak konvo setiap tahun?

    haha… itu pandangan saya. TAhu mana susah payah membangunkan aktiviti Universiti oleh pelajar.

  9. kalau sebilangan para graduan yg dah 3 tahun duduk kt ukm boleh tanye pesta konvo tu ape dan kt mane..salah siapa??

    percakapan mmg mudah dilakukan..bagaimana dgn tindakan? dectar mmg menarik..pernahkan anda terfikir adakah pihak pengurusan UKM akan beri kebenaran bg kawasan dectar yg dikatakn TERPELIHARA??

    name pon pesta..jadi ekspo dan jualan adlh sinonim..pesta yg bgaimana anda inginkan? tapak pesta yg seperti pdng jarak pdng terkukur? sifat remaja, gemar bersiar-siar dan membeli belah(salah 1 cara menghilangkan stress jugak kn)..jadi jualan merupakn 1 tarikan.

    kenapa mahasiswa ramai sgt masa mlm penutup dimana ada artis sahaja ye? berbanding mlm perasmian ketika DYMM Tuanku turun? adkh mhsiswa ingnkn hiburan semata2?

    dimana shj ekspo..adlh perkara biasa SALE agak kurng pada hari2 permulaan..lebih2 lagi ketika hari2 kuliah..jadi adakah perlu utk mewajibkan beberapa tarikh cuti kuliah hny utk menarik lbih ramai pelajar dtng ke tapak??

    jika pekeliling kolej pun mahasiswa terlepas pandang, inikan pula senarai program dan aktiviti yang dirasakan tiada kepentingan buat mereka. adakah mhsiswa kita “ALERT”??

    program tahunan..adkh mhsisa x dpt mengangak bile range/lingkungan tarikh pesta akan diadakan??

    persoalan yg memerlukan pemikiran yg pnjng kn..
    “be in the person shoes”

  10. maaf saya ingin menegur kampus kl.. untuk pegetahuan anda pameran di dewan gemilang ,”karnival kerjaya dan pameran fakulti” tlah diiklankn dlm kosmo,utusan online,kosmo online,dan web kareer.com,itu pun kalau anda seorang yang ”mengikuti isu semasa ukm”..
    jika kampus kl terlibat,kampus kl juga sebagai warga ukm sepatut nya membantu mewar-warkan event ini.. dan sepatutnya berbangga dan mengkritik penuh hemah,atau bg cadangan penambahbaikan.. mungkin ada kekangan lain atau faktor luar. saudara/ri boleh fikirkan sendiri.

  11. perbezaan yg SANGAT KETARA di malam perasmian dan malam penutupan…apatah lagi pada malam bicara Ad-Din…salah siapakah?adakah itu salah pihak penganjur?
    saya ingin bertanya kepada yg mengkritik,program yg mcm mana kalian mahukan?cube bg satu contoh…

    “hurmmm memalukan UKM laah korang buat program…” bg 1 contoh yg memalukan UKM?sedangkan UNITAR dtg sini 3 4 pagi utk join program bersama UKM,nie kan anda mahasiswa UKM even di kampus KL pon..apa yg anda tahu tentang buat program…

    “tambah lah sket dgn bnde2 yg mnjana pemikiran ataupun pngetahuan lg2 kalo org luar dtg ke pesta konvo UKM of coz laah nk merasai kehebatan pelajar2 or pensyarah2 UKM…hampeh betul penganjuran”
    anda tahu x FKAB telah menang pertandingan SHELL dan itu yg mereka bawak semasa pesta konvo…termasuk juga intitut lain…anda sedar ke x akan perkara ni?atau anda sendiri yg leka berjalan setiap hari tanpa arah tujuan melihat kebanggaan UKM…sedangkan Tuanku Canselor bangga dgn FKAB,inkan anda…huh…fikir² kan…

  12. Pesta konvo,
    kalau bicara Ad-din, orang x sanggup datang walaupun bas dan makanan disediakan. Dah tu, setiap kolej kene hantar wakil 40 orang.
    tapi kalau konsert, x bas pun sanggup jalan kaki. inilah student UKM…
    satu lagi menarik, asal ade pesta konvo mesti ade judi…

  13. aku suke pesta konvo…!!
    memang mega..!!
    6ixth sense, yuna, aishah, heliza af5, brothers, devotees, hafiz hamidun..
    byk kot artis.. gempak gile…
    tuanku canselor pon turon..
    igt senang ke nak jumpe tuanku..?
    dalam selamat pagi malaysia ade promote…
    dalam tv3 ada cerita pasal malaysia book of record anjuran pesta konvo..
    dalam majalah utopia ade iklankan tentang pesta konvo (4 isu tuh )…
    sume stesen komuter (50 stesen) ade baner+banting pesta konvo…
    kat syeksyen 3 & 4, tasik cempaka ade banting pesta konvo…
    haha… kesian a brader kat ats nie…
    name wartawan, tapi macam dengki jew…
    ilek brader…
    skg bulan ramadhan…
    marilah kita beramal ye…
    jgn hina2 org…
    x elok… (“,)v

  14. salam ramadhan~~
    udah2 la 2 sahabat2ku skalian…
    ok ape pesta konvo 38…
    meriah…
    sume ade…
    balance je sy tgk…
    student ukm yang anjurkan plak 2…
    100% usaha mahasiswa/i…
    pegawai ukm tak masuk campur pon…

    pada yang mengkritik psl student ukm tuh…
    anda pon student ukm jgk kn…?
    sayangilah saudara sendiri…
    kita bagi cadangan…
    xprlu la kritik pedas2…

    kita tulis artikel yang menyidir…
    kalo benda yg kita crita 2 salah,
    2 dah dikira fitnah taw…

    pada editor,
    cara wartawan adalah menemu ramah..
    kalau bleh, cri la org yang betul utk bertanya…
    jangan main release je artikel panas mcm ni…
    harap jangan di amalkan lagi perbuatan mcm ni utk mse akan dtg..
    serius sy ckp bahaya…
    nsib baik student ukm ni berhati mulia…
    andai kata la anda buat mcm ni kat org lain…
    takut org 2 bdendam kat anda…
    takut kita dicederakan plak nnt dengan sebab amarah manusia..
    igt tu editor…
    dan juga kawan2 yang membaca artikel ni… 🙂

    salam~~

  15. Eh…!
    korang tau x pesta konvo wat event cipta rekod malaysia thun ni…??
    haha…

    “First Live Internet Broadcast of Longest Non-Stop Cooking Event (24 Hours)”

    hah…
    hebat x?
    spe ckp setiap tahun pesta konvo ulang benda yang same je?

    senang cite, pesta konvo mmg grand….!!

  16. Tahniah untuk sekretariat pesta konvo. Setelah banyak mendengar pujian, nadiukm bertindak mengeluarkan laporan yang mengkritik pesta konvo. Ia penting untuk pembaikan pesta konvo seterusnya. Harap dapat berlapang dada. Teruskan program intelektual yang seharusnya ditampilkan sebagai imej UKM yang banyaknya program berbentuk kebudayaan semata.

    • kepada NadiUKM,anda sebagai “NADI”,bukan pengkritik…dlm fahaman saya,anda nie sebagai satu media yg melaporkan setiap kejian dalam UKM…jika anda hanya mahu mengkritik,mahu mengutuk,lebih baik anda jgn gunakan nama NADI…

      anda tidak layak menjadi wartawan mahupun penulis laporan…sebab anda tidak tahu langsung tentang apa yg berlaku…anda hanya bercakap sebagai org yg menengok…bkn pemerhati…dan anda juga tidak tahu apa yg berlaku sebenarnya…anda hanya ambil tahu dari “org luar”,bukan dgn pihak bertanggungjawab…

      jika anda hanya mahu mengkritik dan kritik,anda lebih layak menjadi Pengkritik UKM… sekian…

  17. owh…
    thanks nadi-ukm~~ (“,)

  18. saya sebagai kaum keluarga student yang grad berpendapat pesta konvo UKM adalah pesta konvo TERBAIK antara IPTA lain yang saya pernah hadiri….apa yang dilaporkan oleh nadi UKM iaitu bermoto saluran informasi anda seperti tidak seiring dengan tag line nye…mungkin bukan sekreatriat konvo yg perlu pembaikan berterusan……

  19. kepada Muhammad Afiq Bahrom (budak gemuk bodoh),

    Besarnya sebuah program bukan kerana tapak dia besar giler… tapi kepada betaba besarnya sambutan dan impak…

    rasanya kolej2 punya hari keluarga lagi baik dari segi sambutan..

    ko rasa ramai ke ibubapa dgn student pergi kat tapak pesta?
    Ada buat survey? statistik? nak kata intelek konon…
    Ni yang kena panggil BODOH SOMBONG..

    Pindah ke tempat yang lebih mudah bagi pengunjung nak akses.. Dekat DECTAR salah satu cadangan.. Guna otak kalo nak baca komen…

    KEGAGALAN BESAR PESTA KONVO KALI NI ADALAH DISEBABKAN MUNCUL EX-OFICIO YANG TAK BOLEH BAGI IDEA BERNAS..

    PUBLISITI GAGAL…

    Sepatutnya ex-oficio tgk kekuatan dan kelemahan yang lepas… pastu buat penambahbaikan.. Bukan buat program klon…

    • susah nak ckp dgn org takder ilmu buat program…ko bg satu contoh tempat?DECTAR?ko fikir la dalam²,nak buat kat mana?ko ingat pihak Canselori nak bg ke baut kat situ?KALAU TAK TAHU APA² DALAM PENGURUSAN,JGN BERLAGAK PANDAI…AKU DAH 4 TAHUN DAH,AKU TAHU APA MASALAH…

      ko ingat dak² nie xde otak ke nak buat tempat kat situ…ko ingat kitorang takder nak fight tukar tempat ke?ko tak tahu apa²,jgn cakap banyak…

      aku rase ko mesti ada masalah dgn aku kan…even aku tau ko tak berani nak bagitahu ko siapa,berselindung disebalik anonymous,menunjukkan diriku dan sifat ko yg penakut tu…huh…paper pon,harap segala “pujian” anda dibalas dgn kerahmatan Allah S.W.T….sesungguhnya Allah sangat menyayangi hamba²-Nya…

      btw,kalau nak tahu apa tugas aku sebagai Ex-Officio,dtg jumpa aku…bkn penakut tak nak tahu apa² tugas aku dan kerja aku,macam ko…

      kalau ko rase ko betul,kenapa ko penakut berselindung disebalik nama tipu…huh…sebab aku tahu ko tak tahu apa²…hanya tgk dgn mata penuh kebencian… 🙂 sekian,semoga anda dicucuri rahmat daripada-Nya….

      • Hahaha…

        Nampak sgt keprofesional mu…
        Tegur melenting.. Tu je la tahap intelek ko…
        Nampak semua benda masalah?
        Konon da fight lama?
        da 4 tahun ek?
        4 tahun GAGAL jugak?

        Sia2 hidup kat UKM tak belajar apa2…

        Saya tak tau apa2?

        Nampak tak mcm mana GAHnya Pesta konvo sebelum2 nie?
        Agaknya ko nie hingusan sgt~~
        Masuk zaman konvo da GAGAL…
        Lepas tu terus bagi gagal pulak…
        Takde peningkatan langsung…

      • Budak tak datang salahkan budak kan?

        Ko ada pusing SATU UKM tgk PUBLISITI BUAT KERJA KE TAK KE?

        HARAM KAT KOLEJ2 PON XDE POSTER…
        SEBELUM2 NIE SETIAP BILIK BUDAK KONFORM ADA FLYER…
        KALO KRIS MAS TU ADA 2000 PELAJAR.. KONFORM SETIAP BILIK DAPAT FLYER…

  20. teringat pula….

    Besar tapi tak guna…
    Mcm Muhammad Afiq Bahrom~~

  21. huh…
    kalau nak tegur ada cara nya…nie bukan tegur,ni name cari pasal…Nabi ada tegur umat nya dgn berniat nak memalukan org lain?niat tu penting brader…
    ape yg gagal ko cube ckp nie?setahu aku takder pesta yg gagal…ke ko je yang dengki/busuk hati nak labelkan org lain gagal?kalau ko tak tahu,jgn buat² tahu…ko gi canselori sendiri,tanya nape xleh buat pesta kat dectar…ok?kalau ko rase leh buat,serius aku bg ko jadi PE tahun depan…
    aku nampak ko je yg mcm busuk hati nak ckp pesta gagal…aku tgk ok je…ape yg ko tahu psl peningkatan dlm pesta…u know nothing..jgn nak buat² tahu…
    ko nak kecoh psl poster n flyers…ko x jalan kat jalan raya ea?ko terbang ke dlm UKM nie?ko tak nampak banner & bunting sekeliling UKM?kat luar UKM,dlm KOSMO,dlm utusan & kosmo online,web kareer.com sume dah ade psl pesta konvo…ke ko nie konon jenis ulat buku tak tgk surat khabar?atau ko terbang dlm ukm x nmpk banner bunting?aku tahu ko saje je kan bagi alasan poster flyers…sedangkan ade je poster n flyers dlm ukm khususnya…
    huh…tak sangka org mcm ko pon ade…takpe la…aku maafkan segala kutukan ko terhadap aku…harap ko cube fikir baik² sebelum nak cakap tu…hilangkan semua rase hasad dengki/dendam kesumat ko…sempena bulan ramadhan ini,aku mintak maaf kat ko kalau aku terkutuk ko…maybe time tu dlm emosi tak stabil…btw,trimas atas cadangan ko…even kami dah tahu cadangan tu dah lame dipertimbangkan dan dah tahu apa keputusannya… that y kami tak buat…satu nasihat aku,cube bagi cadangan yg membina dan bagi cadangan yg rasional…utk same² kita pertimbangkan… 🙂 sekian…salam…

  22. tiada gunanya ejek mengejek. sila tunjukkan bahawa anda bisa menjayakan projek ini. Cakap senang tapi pelbagai cabaran perlu dilangkah. y not gunakan masa untuk mengkritik untuk bantu menjayakan program? inikah mahasiswa intelektual? Kritikan memang baik tetapi jika over, ia akan menjadi satu ejekan yang berniat memburukan program org.

    So, sila BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK. Ini akan mencemarkan nama baik UKM sendiri. Sekian.

  23. kepada saudara betul, sempena bulan ramadan yg mulia ni,xperlu la utk kite mengutuk antara satu sama lain.kurg pahala kite. kalo kite nk tegur kesilapan seseorg, beri teguran yg membina bukan teguran yg membinasa. mungkin sdara betul ade menyimpn rasa tidak puas hati pd pesta konvo ni tp luahkn rsa ketidakpuasn hati tu dgn cara yg betul, (seperti nama anda sndiri) bukan dgn cara mengutuk, menghina seseorg. gemuk ke kurus ke,beliau tetap manusia.ade perasaan jgk.cuba bygkn kalo ade lbh 10/100/1000/10000 org or etc kutuk hina anda ape perasaan anda? tak rse malu? tak rse sakit hati? kalo anda rse sume tu anda mmg ade perasaan n anda mmg seorg manusia. kalo anda xrse sume tu, sy tak taula nk kata ape.nauzibillah min zalik. sy bukan nk menyokong or jd org tgh, juz sekadar nk mengingtkn anda dan sdara2 sy semuslim yg lain supy bersikap rasional ketika memberi komen, lebih2 lagi kite masih berada dlm bulan yg mulia ni.,jd jagalah tgkah laku n tutur kata kite. smoga kite akn trus diberkati oleh kehendak-Nya.amin..

  24. salam..
    berkenaan dgn ayt ini,”,”Sungguh malang bila kami merasakan bahawa koordinator Pesta Konvo gagal menyediakan bahagian pengurusan teknikal pada tahap yang terbaik ketika kami diminta untuk membuat persembahan demo silat sehinggakan menyebabkan persembahan kami terganggu dan tidak mampu berjalan dengan baik. Susun atur alatan dan kedudukan pentas yang tidak strategik menyebabkan kami merasa tidak selesa ketika melakukan persembahan”.

    boleh sy tau ape mslh bahagian teknikal da bg kt PSSGM?bahagian pengurusan teknikal dr segi ape?

    setahu sy,semasa event 2 bjalan psembahan bjln dgn lancarnye..anda sebagai wartawan ada npk ke kecelaan yg blaku?bkn nk kate mjlis perasmian 2 perfect.tp kalo DYMM sebagai penonton yg npk dgn jelas semua persembahan dgn jelas,knp anda masih tidak bpuas hati?

    bukan tidak mahu menerima teguran.tp biarlah dipertimbangkan dulu teguran anda itu..be in the person shoes first…

    kalo betul la anda ini berintelektual,anda tidak akan panggil saudara afiq baharom sebagai :budak gemuk bodoh’..
    kerana dr ctu npk juga anda tidak dpt mengawal emosi..

    trimas n mohon maaf andai ade tsilap kata.

  25. memang tak salah memberi teguran membina, tapi janganlah mengkritik.
    ‘bukan mudah untuk menganjurkan program2 besar macam ni’

  26. macam budak2 je ko ni.

  27. Hahaha…
    Wahai Afiq…
    ulang2 ayat sama dan tak menjawab soalan…

    Ko pernah ada zaman Syukri?

    Kalo ko masih berak dalam seluar masa tu memang lah ko tak tau apa maknanya program yang berjaya….

    • en.betul…en.betul…
      penat aku nak gtau ko la…
      nie aku nak bgtahu ko lumrah alam…
      lain tahun,lain coraknya…
      lain corak,lain caranya…
      lain org,lain warnanya…

      ko ingat zaman abg syukri tu aku x hidup kat bumi nie lagi ke?ko ingat aku x knl siapa abg syukri tu?mase zaman abg syukri tu dorg buat kat dectar ke?
      korg juga yg mintak perubahan…takkan nak buat same je mcm syukri buat…itu zaman dia…kami ade cara kami tersendiri…

      btw,aku rase ko yg x menjawab soalan…aku tnye dimana kegagalan pesta yg ko kecoh² kan tu…sbb aku tak nampak…dan senior² aku yg lain pon ckp pesta nie success….ko nak soh aku ckp psl dectar,aku dah bagitahu sebab…ko nak aku ckp pasal ibubapa dtg tapak pesta,aku ade je nampak ibubapa…aku ade je nampak graduan dtg…

      ko nak ckp pasal poster dan flyers,aku dah bg tau da ade publisiti dari aspek lain…pesta konvo adalah utk meraikan para graduan,so,fokus utk graduan yg sedang beraday di rumah secara amnya…flyers dan poster tu bknlah 1 medium publisiti yg sgt berkesan…sedangkan memo utk pelajar sendiri,pelajar kadang² terlepas pandang,nie kan poster yg xde kaitan dgn nya…tambahan pula,bukan xde poster langsung,ke ko juga tidak perasan…?

      sorry to say,aku nmpk ko hanya byk ckp x tentu arah,xde tujuan,hanya kutukan semata daripada ko bercakap secara intelek,gtau kelemahan…aku taktau da nk ckp camne ko…

      kalau ko rase pesta nie gagal sangat…tu terpulang kat ko…itu mata dan hati ko…tapi pada aku,pada rakan² aku,pada para graduan yg aku servey,pada CANSELOR,LPU,NC dan TNC dan semua admin UKM,dorg ucap tahniah dan ckp thaun nie gempak…

      seperti yg “hikmah” cakap,ko datang jumpa aku secara personal,atau pon ko keluar dari sembunyian ko,tunjukkan siapa ko sebenarnya,jika ko betul² nak tegakkan kebenaran…sebab org Islam berani kerana benar…tampil jika ko rase ko benar…aku cabar ko…paper pon,selamat berpuasa dan selamat menjalankan ibadah…semoga segala amalan kita diterima…

    • nie nak bagitahu,aku ulang² sebab tu lah jawapan nya…aku ulang tu menunjukkan aku dah jawab soalan ko…maybe ko kurang faham kot..takper²,kesabaran ku masih ade…cube bg tahu ape yg aku x jawab soalan ko… 🙂

  28. apsal kritik mcm nk carek pasal je ne??
    tegur la cara baik-baik.bukan mcm nk pegi blasah org.
    kalo da hebat sgt ko jela pegi organize pesta konvo tu woi.
    ckp guna air liur je org laen pn bleh buat bro betoi oit.

  29. betul tu cik salah ! hoho

  30. Secara jujur..
    Rasanya dari 100% pelajar yang tinggal kat kolej…
    Brapa peratus yang turun?

    Sila jawab dgn intelek ye….

  31. secara jujur,LEBIH DARI 60% turun..sekurang-kurangnya mesti pernah turun sekali…so?

    • 60%?
      menarik~~~
      Xpe.. Biar sendiri bertanggungjawab atas jawapan mereka…

      hahaha…

      Budak Hingusan?

      Korang2 nie muda sgt lah bagi abg…

      • tua x semestinya boleh biadap dgn yg muda…
        sebab yang tau juga perlu menghormati org lain…
        yg muda perlu hormati yg tua,yg tua perlu juga menghormati yg muda…baru lah boleh maju agama,bangsa dan negara…
        nie bende kecik pon nak memaki hamun,kutuk mengutuk,sampai bile Islam sendiri nak maju…so,baiklah kita sume perbaiki diri…jgn rase diri sendiri sahaja sudah hebat… 🙂

      • eh..pakai ID lain ea…ke ade sape² yg menyamar?btw,saya masih menunggu untuk sebarang penampilan istimewa…:)

  32. hahahaha….kelaka la ko nie betul…macam x betul aku tgk otak ko nie…sian lak aku tgk abg afiq nie jawab soklan ko yg x waras nye…
    nak cakap ko bangang,nanti kate aku kasar lak…kalau x cakap,ko x perasan lak ape yg ade ngan ko…hahaha
    ko nak ckp pasal intelek,otak ko tu yg bodoh sgt…sebuk ckp pasal org gemuk la…budak hingusan la,berak dlm seluar la…aku rase ko nie mesti budak paling x matang…otak cetek sgt…
    ko xyah la nak buat2 pandai sebok ckp psl abg syuk ke,sape ke,ko tu reti ape2 x?ntah2 nak buat satu majlis pon x reti…ckp je lebih…dari byk2 aku tgk ko komen,byk nye dok kutuk org…nmpk sgt ko nie BUDAK MENTAH YG TAK MATANG!!ko nak ckp pesta gagal sebab abg afiq,aku rase OTAK KO YG GAGAL BERFUNGSI DGN BAIK…hahaha…tu la ko…tunjuk sgt kebangangan ko tuh…biar 1 Malaysia tgk yg ko nie budak bangang…

    kepada abg afiq,biar lah…amiklah kata2 imam shafie nie, “aku tak pernah kalah bila berdebat dgn org berilmu,tapi aku tak pernah menang jika kau berdebat dgn org jahil…”…rae nye same je konsep die…hehehe…”senang jika kita nak terangkan sesuatu kepada org yg ada ilmu,tak kita takkan berjaya terangkan sesuatu kepada org yg jahil…”..so,boleh la kategorikan manusia “betul” nie dlm golongan yg takyah dilayan lps nie…

    kpd salah,aku sokong cakap ko…kalau die nak carik gadoh,biar je dia cari sampai jumpe…then kalau nak buat gadoh tu,kite hantar die kat wisma aman..hehehe…dah org kuang hajar sgt,tu la masalah die…

    kpd hikmah,aku sokong ckp ko gak,cube kalau org bace komen tu lebih dari 100 kali,then bace sume yg memaki hamun sedara betul tu,x mustahil ia akan jadi betul…aku sokong bila ko mintak en,betul tu gtau nama betul die…takder gune name tipu2 nie…tu nama die penakut…

    kepada semua,aku bukanlah nak sgt memaki hamun nie,tapi,ini semua analogi…kepada saudara betul,apa perasaan anda bile saya memaki hamun anda sedemikian rupa…?saya puji Muhammad Afiq Bahrom sebab die berani tampil,tunjukkan nama sebenar,menjawab persoalan yg dilemparkan pada pesta konvo…tetapi,pada yg pengkritik lain,kepada saudara betul,kenapa anda semua tak berani?sedangkan anda mahukan penambahbaikan…lainlah kalau anda berniat utk menjatuhkan pesta konvo…dlm setiap kitab hadith sahih,hadith pertama dlm kitab tu adalah niat…sebab niat tu yg pertama…
    oleh itu,fikir2kan lah…

  33. wo..wo..wo…pns seyyhh…adooii…igtkan da xde pape..
    papepon ktowg da handle program ni dgn jayanya…
    n sy ngaku byk pngalaman yg sy dpt..
    byk sgt..penat 2 xyah ckp laa..
    kami sngop korbankan mse, tenaga smpi tdo x ckop..
    bdn saket2, demam2, blk tgh2 mlm adew yg smpi pg n mcm2 lg laa..2 bwu tyme p’kmpungan..
    mse kami da start klaz lak smpi kami ponteng klaz, kuiz n mcm2 laa..tp utk apew??kami buat sume ni utk PESTA KONVO n utk UKM sndiri..
    tp bkn sbb beban pesta kami x gi klaz..yela..skali 2kali jew la ktowg miss..xde pape sgt..ktowg ley study blk..n klu nk tw result short sem sy meningkat 2kali ganda drpd sblm ni..unexpected!sdgkan sy sgt bz dgn pesta..t’sgt bz..jnji adew pngrsn mse..kte adew akal ley fikir cmne nk uruskan sume bnda..sy juz nk gtau la betapa ktowg korbankan diri ktowg ni utk KITA 1 UKM..
    almkk..cdey laa..kami mmg trima sgala kiritikan yg diberikan n sgt5 trima kasih coz sgala kritikan 2 membuatkan kami lbh b’fikir luas n tau apew khndak smua owg..2 la gne nye kami ada post-mortem..kami sndiri inginkan prubahan..n kritikan 2 gak dpt mematangkan kami yg kbnyakannya bwu msok n bwu nk blaja bout pngrsn tok handle event MEGA ni..mmg GEMPAK arhh!!
    kami sndiri merasakan debarannya…
    kami mmrlukan kritikan bkn KUTUKAN..n skrg2nya berila pujian spaya ktowg rse ktowg ni dihargai n x down..bwu la smgt!!huhu..klu kowg kutok2 kowg nk ktowg 2top pesta 2 tros kew bwu kowg puas ati??
    KEGAGALAN 2 YG AKAN WAT KAN KTE LBH BERJAYA DAN BERJAYA…not everybody perfect..cth cm atlet2 yg da b’jaya 2..b4 dowg b’jaya pn dowg akn mlalui kgagalan dlu..xkre bpe byk dowg gagal..tp dowg troskan..smpi la dowg b’jaya n mncipta nme skrg…n dlm islam jgk benci akn owg yg lari dr perjuangannya..sme la cm kami…kami still x ptos asa..nk pnuhi khndak smua..tp kami jge mmpnyai klmhn..skrg2nya kami x b’hnti p’tghn jln..kami troskan gak p’juangan ni..2 la kejayaan n kpuasan yg kami dpt..wlupon x b’jye n adew yg xpuas ati tp kami habiskan gak..
    so,bercakap biar berasas..jgn b’fikir t’lalu mdh n singkat..
    kami yg merasa anda smua yg mmberi pndgn..tp ALLAH yg menentukan…lastly…tlg laa…n skali lg sy mntk tlg..jgn gagalkan hati org yg inginkan perubahan n kejayaan..tp berilah kata2 smgt dan idea yg bernas…thanks..wassalam..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: