Mahasiswa Berpolitik?

Bangi, 17 Ogos 2010 – Sebilangan besar mahasiswa tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini. Beliau berkata pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum ini sudah memadai kerana ia memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara di kampus. Malah, di kampus juga sudah ada `speaker corner’ tidak menghalang mahasiswa membicarakan soal politik kerana mereka juga rakyat Malaysia. Yang kita tidak benarkan ialah membabitkan diri secara aktif dalam parti dan politik.

Mengulas jawapan yang diberikan kepada pihak Nadi apabila ditanya, rata-rata mahasiswa menyifatkan keputusan jemaah menteri yang melarang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terlibat dalam parti politik seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, disifatkan sebagai “tidak matang”.

 Malah, kata pengerusi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir Mohd Ithnin keputusan itu dibuat dilihat tidak mengambil kira bahawa mahasiswa sebagai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.
”Kerajaan perlu melihat mahasiswa sebagai warganegara yang berumur 21 tahun ke atas diberi hak, partisipasi (dalam politik), berhimpun dan memberikan pandangan.

”Kami kecewa dengan keputusan kabinet yang tidak membina (semangat) mahasiswa, sebaliknya lebih bersifat untuk membunuh semangat mahasiswa.

”Jika seksyen 15 AUKU (Akta Univeristi dan Kolej Universiti) membenarkan mahasiswa berpolitik dengan izin naib canselor, maka seksyen ini jugalah digunakan untuk mendakwa mahasiswa dalam mahkamah. Di mana hak mahasiswa?” soalnya.

Sementara itu, pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Ahmad Wafi Sahedan berkata, beliau menyambut baik keputusan jemaah menteri itu kerana berpandangan kerajaan telah mengambil kira pelbagai faktor sebelum memutuskan perkara berkenaan.
Beliau juga yakin kerajaan telah membuat penelitian dan pertimbangan menyeluruh sebelum membuat keputusan tersebut.

”Kami memohon kerajaan untuk memperkasakan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) kerana ia merupakan pentas yang amat penting untuk mahasiswa bersuara.

”Diharapkan juga kerajaan lebih terbuka dalam menerima pandangan atau kritikan daripada pemimpin mahasiswa kerana kita juga ingin terlibat sama dalam memajukan negara,”katanya.

Konvensyen MPP seluruh universiti telah mendapati 53.8% daripada pemimpin mahasiswa seluruh universiti bersetuju mahasiswa wajar diberi peluang untuk berpolitik. Namun begitu, keputusan MPP seluruh universiti tidak memberi kesan kepada kerajaan untuk memberi kebenaran kepada mahasiswa untuk berpolitik.

Ahmad Wafi berkata walaupun kerajaan tidak membenarkan mahasiswa terlibat dengan politik kepartian, kumpulan itu mempunyai saluran lain untuk terlibat dengan kegiatan masyarakat.

”Pindaan AUKU memberi peluang untuk menjadi mahasiwa berwibawa dan lebih bagus dengan terlibat dengan NGO untuk menyelesaikan isu-isu kemasyarakatan,” katanya.

 Tegasnya, mahasiswa perlu menjadi satu golongan yang mempunyai pendirian dan tidak dipengaruhi serta bebas mengkritik mana-mana pihak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: