UKM Harus Baiki Kelompangan Kokurikulum

Bangi, 24 Ogos 2010-Kegiatan kokurikulum(ko-k) kini semakin hangat diperbahaskan dalam kalangan warga kampus UKM. Hal ini dikatakan kesinambungan daripada pembaharuan yang dibuat oleh Prof Madya Dr. Kadderi selaku Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar.

Sistem ko-k yang diperbaharui ini banyak mendatangkan timbal balas negatif daripada pelbagai pihak, terutamanya kumpulan sasaran ko-k itu sendiri, iaitu mahasiswa tahun 1 dan 2, tenaga pengajar setiap jenis ko-k, persatuan-persatuan dan kelab-kelab yang berdaftar di UKM.

Antara hujah yang diketengahkan mengenai sistem ko-k yang semakin tidak teratur ini ialah berkaitan dengan sistem pemarkahan dan modul kuliah yang tidak sistematik serta tenaga pengajar yang tidak bertauliah. Hal ini kerana moderator dipilih dalam kalangan mahasiswa sendiri. Mereka ditugaskan untuk menilai dan memberi markah kepada mahasiswa tahun 1 yang berada di bawah jagaannya.

Sistem pemarkahan juga dikatakan tidak adil kerana tiada peperiksaan yang dikenakan di hujung semester dan tiada projek ilmiah yang dihasilkan. Kesan buruk bagi pelajar baru ialah mereka tidak akan dapat menguasai kemahiran dalam sesuatu bidang ko-k yang disertai kerana hanya semester kedua sahaja digunakan untuk mendalaminya, manakala semester pertama diperuntukkan untuk melawat keseluruhan tempat-tempat ko-k dan mendengar kuliah berkaitan semua ko-k yang ada. Ini jelas menunjukkan kelompangan dalam sistem kerana cara pembelajarannya yang tidak terfokus.

Sistem ini juga menyebabkan tenaga pengajar ko-k yang asal hilang punca pendapatan kerana khidmat mereka sudah kurang digunakan. Persatuan-persatuan dan kelab-kelab juga turut terjejas kerana kumpulan sasaran mereka, iaitu pelajar baru tidak lagi dapat mendaftar terus kepada persatuan atau kelab mereka kerana terikat dengan sistem ini. Amatlah diharapkan agar sistem ko-k yang baru diperkenalkan ini dikaji semula dan dibuat penambahbaikan atau terus dimansuhkan kerana dilihat banyak kelemahan dan kelompangan dalam sistem ini.

Tambahan pula, NadiUKM mendapat tahu bahawa sistem kokurikulum ini mendapat kritikan hebat dari golongan intelektual universiti iaitu para pensyarah akademik. Hal ini kerana, kokurikulum dilihat lebih penting berbanding pembelajaran kursus yang telah diwajibkan mengikut kos.

Sebagai contoh, para mahasiswa dari kos sains geologi telah menghadapi masalah percanggahan masa kokurikulum dengan kursus subjek wajib major sejak dari tahun lepas lagi. Masalah ini dihadapi ketika di tahun 2 yang mana mereka tidak dapat memberi komitmen kokurikulum pada hari Sabtu seperti yang dijadualkan PPP untuk semua mahasiswa universiti. Hal ini kerana mereka perlu mengikuti siri kerjalapangan dan pemetaan pada setiap hujung minggu.

“Pihak PPP seharusnya memahami situasi kami di sini, bukan pukul sama rata semua kos di UKM tiada kelas hari sabtu,” luah seorang pensyarah geologi yang  kecewa. Katanya lagi, sepatutnya pihak PPP harus melihat jadual akademik para pelajar atau mendapatkan persetujuan dari para ahli akademik sebelum membuat keputusan ini bagi mengelakkan pertindihan berlaku. Dan apabila ini berlaku, ia seolah-olah program kokurikulum lebih utama dari program akademik yang mana kursus yang dianggap ‘remeh’ oleh PPP itulah sebagai syarat latihan ilmiah dan kajian tesis.

Advertisements

One Response

  1. Jom tanya Pengarah PPP, Dr Kadderi…
    Dia kan pensyarah Geologi….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: