1 Azam-Wanita 1 Malaysia

Bangi, 26 Ogos 2010 – Pedana Menteri Malaysia Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah merasmikan sambutan Hari Wanita 2010 dan Jamuan Berbuka Puasa di sini semalam. Program yang gilang gemilang ini dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama TM. Selain Dato’ Seri Mohd Najib sebagai perasmi, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga turut berucap.

“1 Azam -Wanita 1 Malaysia” merupakan tema Hari Wanita peringkat kebangsaan ini. Tema ini membawa pengertian kaum hawa di negara ini mendokong hasrat kerajaan dalam merealisasikan Program Transformasi Kerajaan, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10. Wanita 1Malaysia juga berazam mencapai wawasan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

Walaubagaimanapun, NadiUKM mendapat keluhan dari penggerai-penggerai di tepi DECTAR kerana kurang sambutan dari masyarakat kampus. Namun, kehadiran luar biasa pada petang semalam sedikit sebanyak memeriahkan suasana. Rakaman Wanita Hari ini turut diadakan di dalam DECTAR oleh TV3 selain rakaman siaran langsung ucapan perasmian Pedana Menteri oleh RTM.

Perkarangan masjid dan DECTAR dipenuhi oleh ribuan manusia yang terdiri daripada mahasiswa juga wakil-wakil wanita dari pelbagai kawasan seluruh Malaysia ketika majlis berbuka puasa pada petang itu.-NadiUKM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: