Mahasiswa Dilarang Guna Surau untuk Berkumpul

Bangi, 27 Ogos 2010- Para penghuni Kolej Keris Mas merasa tertekan apabila pihak kolej bertindak menghalang sebarang perjumpaan di Surau Al Munir. Halangan ini lebih menekan pelajar yang aktif berorganisasi kerana mereka amat perlukan kawasan yang sesuai untuk membuat perbincangan mengenai sebarang program yang akan diadakan.

Salah seorang penghuni kolej tersebut ketika ditemui oleh pihak Nadi baru-baru ini mengatakan bahawa sebarang perjumpaan secara berkumpulan atau berkelompok di surau adalah dilarang, kecuali dikawal oleh pemantau, iaitu seorang felo. Hal ini amat menyusahkan para pelajar sebagai seorang mahasiswa yang aktif untuk membuat perbincangan sebarang program agar ianya dapat berjalan lancar.

“Larangan menggunakan surau sebagai salah satu tempat berkumpul atau tempat perbincangan sepatutnya tidak berlaku. Hal ini kerana, jika dilihat Sirah Baginda saw, Baginda menggunakan surau-surau atau masjid-masjid sebagai tempat untuk berkumpul, bertemu dengan para sahabat, berurus niaga, berbincang perihal segala permasalahan umat, belajar, bermuamalah, bersiasah, bertadarus dan sebagainya di samping tujuan asal untuk beribadah.”

Tambahnya lagi, “pihak Zionis juga menyatakan bahawa sekiranya umat Islam berkumpul di masjid pada waktu Subuh dan Isyak sepertimana berkumpulnya pada Solat Jumaat, maka akan kalahlah puak mereka.”

Beliau memohon agar pihak yang melarang sebarang perjumpaan yang dibuat di mana-mana surau sekalipun untuk menarik semula kenyataan mereka kerana inilah salah satu cara untuk kita mengimarahkan rumah Allah dari terbiar sepi.

Sebelum ini, kelab surau Al-Munir telah dibubarkan oleh pihak kolej berikutan ahli-ahlinya didakwa 80% dari mereka menyokong pro Mahasiswa iaitu GMUKM.

Advertisements

10 Responses

  1. korang nie..cr la berita yg berfaedah sikit..
    asyik2 berita yg negatif je..
    korang th x di korang di angapa apa sekarang

  2. alahai…x kanlah………

    surau itu juga salah satu tempat menautkan ukhwah keranaNYA..

  3. draker..buknnye apa,stiap benda kita x boleh jd pembodek,pak turut dan sebagainya…so oklah admin ni pun bgtau bnde yg betul, terpulanglah pembaca buat keputusan….ko pun kalo nk ckp pape wat lah blog

  4. perghh…kalo gitu kire xleh la nak solat jemaah ye…nauzubillah. dah mcm duk kt amerika la plak kalo cmtu

  5. inikah negara Islam yang dicanang??manala tang Islam tu sekadar nama kah? hadeyh..

  6. masyallah..sampai begitu sekali..tegakah kamu berbuat sedemikian?jgn kerana politik, kepentingan agama diketepikan….Islam adalah segalanya…whatever we do must back to Allah..

  7. 1 UKM, Pengampu didahulukan, Pembodek Diutamakan. Aku berdoa agar dilaknat orang-orang yang menyekat aktiviti perkembangan Islam di UKM dari sebawah-bawah orang hinggalah ke seatas-atas orangnya…

  8. Nadi UKM, aku tabik springlah ngan ko..

  9. tetap x percaya dgn nadiukm..banyak post2 yg diragui kesahihannya.sampai ada nama yang tak wujud dibuatnya wujud.konon-konon respon orang la.saya taknak menambahkan dosa fitnah anda nadiukm.

  10. Surau dan masjid adalah Rumah Allah..Tempat ibadat bagi orang2 Islam..Janganlah jadikan surau/masjid sebagai tempat untuk memecahbelahkan antara sesama Islam..Perbincangan & aktiviti di masjid atau surau selain daripada solat berjemaah mestilah aktiviti yang menyatukan orang2 Islam tak kiralah apa2 pun fahaman sama ada politik mahupun ideologi. Kalau sesetengah golongan menjadikan masjid/surau sebagai tempat untuk aktiviti untuk menyebarkan atau memperkuatkan ideologi dan fahaman politik mereka maka pihak yang lagi satu tidak akan datang ke surau/masjid..Itulah sebab kat masjid atau surau tak boleh kita buat ceramah politik kerana tidak semua orang Islam terutamanya Melayu kat negara ini bersatu. Dalam aspek itu berbeza sewaktu zaman Rasulullah SAW dahulu yang mana umat Islam bersatu di bawah junjungan besar Nabi Muhammad SAW… Sekian, renung-renungkan..Selamat Beramal…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: