Pengawal keselamatan hujani FKAB ‘surat cinta’

Bangi, 21 September 2010 | Pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina hari ini dikejutkan dengan ‘surat cinta’ iaitu surat saman kenderaan. Fakulti tersebut didatangi 3 orang pengawal keselamatan yang telah turun ke tempat letak kenderaan FKAB berdekatan dengan tasik kejut sebanyak dua kali.

Sebanyak 20 buah motor telah disaman dan sebuah kereta telah di’clamp’ pagi tadi di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Mereka telah disaman kerana meletak kenderaan bukan di tempatnya dan dikatakan telah menghalang laluan kenderaan lain. Saman yang dikenakan kepada mereka adalah RM50/kenderaan.

Beberapa orang mangsa dimana kenderaan mereka disaman telah mengadukan hal ini kepada MPP Mahasiswa, Saudari Sarzliana. “Kami adalah pelajar, terlalu tinggi kadar saman yang dikenakan kepada kami. Tambahan pula, kami tidak meletakkan kenderaan kami dengan suka hati. Ini disebabkan oleh tempat letak kenderaan yang disediakan telah penuh. Kami akui kesalahan meletakkan kenderaan di tempat ini, tetapi ia langsung tidak mengganggu laluan kenderaan lain. Mereka sepatutnya memahami situasi ini.”

Saudari Sarzliana (MPP FKAB tahun 3) pernah menyatakan hasrat kepada pentadbiran fakulti supaya meminta kepada Pihak Wisma Aman, memberi kelonggaran kepada pelajar fakulti tersebut mengenai hal meletak kenderaan berikutan tempat meletak kenderaan yang terhad. Namun, tidak di duga hal ini berlaku hari ini.

NadiUKM mengharapkan Majlis Perwakilan Pelajar dapat sedar akan hal ini dan bersedia berkerja untuk menjaga kebajikan semua mahasiswa di UKM. – NadiUKM

Advertisements

8 Responses

  1. perh..da masuk nadiukm laaa!! Bgus nadi. kitowg student memang senang di’buli’ dengan duit.. MPP tolon la kami!! sob3…

  2. denda 2 kami bagi diskaun tuk student. xbayar penuh just bayar rm30.

    • haah, jumaat hari tu baru g bayar. alhamdulillah bukan RM50..tapi masih mahal lagi..sebab boleh buat duit makan untuk minimum 3 hari. pak guard..boleh saya tahu, duit saman semuanya digunakan untuk apa yek?

      • pak guard ada ditanya, duit saman tu disalurkan semula ke tabung kewangan pelajar…
        Tapi ramai yang buat rayuan masa nak bayar dapat percuma kalo kesalahan kali pertama, kalo da banyak kali pon RM 30 tu cuma perlu bayar RM10

    • rm30 pn duit brader..boleh makan untuk 3 hari..

  3. rm 30 still mahal lg bg seorg pelajar.. saman parking kat bandar pun cuma rm10 je..

  4. Gi merayu dengan pihak keselamatan..InsyaAllah mereka juga manusia dan faham akan kesusahan pelajar..Aku pnh byk kali ke sana saman, tapi bila jumpa mereka di wisma keselamatan, alhamdulillah tak payah bayar pun..Bila buat salah memangla kena hukum,kita ni manusia kena ikut peraturan. Tak gunalah buat undang-undang kalau kita sendiri taknak patuh. Jadilah makhluk di rimba yang tiada undang-undang!

  5. hehe..topup begayut boleh beli..kelakar korang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: