Siswi Adu Lorong Gelap Ancam Keselamatan

Bangi, 16 Oktober – Mahasiswi Kolej Tun Hussein Onn ( KTHO) hari ini telah membuat aduan supaya pihak yang bertanggungjawab memasang lampu-lampu jalan yang menjadi laluan utama mereka ke kelas malam.

Menurut seorang siswi, beliau mengharapkan lampu di laluan belakang kolej dipasang segera kerana ia merupakan laluan utama pelajar-pelajar kolej tersebut ke kelas malam. Beliau juga berkata, keadaan gelap sedemikian telah membuka ruang kepada pasangan-pasangan yang bercinta untuk bercengkerama di situ.

Selain itu, pelajar lain turut menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan pelajar-pelajar kolej tersebut ekoran daripada keadaan jalan dan perhentian bas yang gelap. Beliau menyarankan supaya jalan-jalan di sekitar kolej tersebut dan perhentian bas perlu dipasang lampu dengan segera. Hal ini kerana keadaan yang gelap sedemikian boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya.

Masalah kegelapan ini merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh penghuni kolej berkenaan. Keadaan seperti ini amat membahayakan pelajar terutama sekali pelajar siswi kolej berkenaan. Bagi mengurangkan dan mengelakkan masalah-masalah gangguan seksual yang sering berlaku terhadap pelajar siswi Universiti Kebangsaan Malaysia, masalah kegelapan seperti ini perlu diatasi dengan segera.

Sedangkan lampu perhiasan boleh dipasang di DECTAR,  adalah mustahil sekiranya UKM tidak mampu memasang lampu jalan yang menjadi keperluan kepada pelajar – pelajarnya. Diharapkan Majlis Perwakilan Pelajar dapat menyampaikan aduan ini kepada pihak atasan.-NadiUKM

Advertisements

2 Responses

  1. Ambil lah gambar tempat2 yang gelap tu dan hantar ke pihak pengurusan..
    Lagi mudah…

  2. bertindak mengikut aduan..sekian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: