Pengurusan UKM semakin bercelaru

Berkenaan dengan pekeliling yang melibatkan pertukaran beberapa subjek peperiksaan,pihak pentadbiran UKM mendapat bantahan daripada mahasiswa UKM. Ini kerana penyusunan jadual yang begitu padat sehingga dimaklumkan bahawa terdapat sebahagian kecil mahasiswa yang terpaksa mengambil subjek sehingga 3 kertas sehari. Perubahan ini berlaku adalah kerana permohonan yang di bawa oleh MPP Hari Krishnan untuk melanjutkan cuti Deepavali.

Saya mendapat maklumat bahawa Presiden PMUKM telah bertemu dengan TNC Akademik untuk membincangkan isu ini dan akhirnya memutuskan untuk berlaku sekali lagi perubahan dalam jadual akademik.

Saya melihat isu ini sebagai isu yang tidak profesional.Bagaimana dalam beberapa hari,keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Pengurusan Universiti boleh berubah-ubah.Jika dikira kos yang terpaksa dibelanjakan oleh pihak universiti untuk mengeluarkan slip peperiksaan yang terbaru,sudah tentu kosnya pasti memakan sebahagian besar daripada wang pelajar.

Soalnya,bagaimana pihak pengurusan menguruskan hal-hal seperti ini secara profesionalisme?Adakah pihak pentadbiran universiti hanya menguruskan isu-isu politik sahaja?mengapakah perkara ini boleh menjadi isu besar kepada Universiti yang merupakan tempat gedung ilmu?

Saya melihat isu yang berlaku pada saat ini menunjukkan ketidakprofesionalisme pengurusan universiti dalam menguruskan hal-hal seperti ini.Dalam keadaan ekonomi yang semakin mendesak,soal pengurusan kewangan juga adalah menjadi keutamaan yang perlu dititikberatkan.
Saya juga turut ingin mempersoalkan MPP yang terlibat di dalam mesyuarat Universiti yang lalu berkaitan dengan perkara ini. Apakah tidak dapat dilihat dengan rasional isu ini dan berhadapan dengan pentadbiran universiti dengan baik?atau MPP Aspirasi atau MPP GM hanya bermain sesama mereka?dan secara politiknya,Aspirasi dilihat menjadi hero dalam memperjuangkan isu ini namun pada hakikat sebenarnya,ia sebenarnya hanyalah aksi politik semata-mata yang dilihat cuba mengukuhkan kerusi politik mereka.MPP GM juga dilihat senyap dan tiada respon dalam isu ini.

Saya melihat isu ini sebagai satu isu yang bukan menjadi kejayaan kepada mahasiswa tetapi hanya menjadi liabiliti kepada UKM sahaja dan saya pasti isu ini hanya akan menjadi bahan ketawa pihak luar.

Saya sempat menziarahi laman facebook rakan-rakan dari bangsa India yang turut tidak berpuas hati dengan tindakan pertukaran jadual yang menyusahkan mereka.Ini soal berkaitan dengan akademik dan perayaan tersebut masih lagi di raikan selepas peperiksaan.

Apa yang pastinya,kita akan sama-sama melihat bagaimanakah penyusunan untuk kali yang ketiga pada jadual peperiksaan kali ini.Apakah akan wujud bantahan lagi.sama-sama kita saksikan.

Saya juga ingin mengingatkan kepada semua mahasiswa untuk bersama-sama menggunakan masa yang ada ini untuk mengulangkaji pelajaran dengan sebaiknya dan hayati hakikat mahasiswa itu dengan sebenarnya.Mahasiswa yang bijak adalah mahasiswa yang boleh dan bersedia dengan segala ilmu yang mungkin.Secara wajarnya,tidak patut ada mahasiswa yang bertindak seperti ini kerana ia secara jelas melambangkan tahap pemikiran mahasiswa pada masa kini.

EDITOR NADIUKM

Advertisements

4 Responses

  1. peliklah diorang di x tgk takwim kalender ke???? anyway all the best exam

  2. peliklah diorang ni x tgk takwim kalender ke???? anyway all the best exam

  3. ini post paling cool aku bace sepanjang aku mengikuti nadi UKM.. salute!!! 🙂

  4. Dari kes ini baru nampak macam mana lemahnya pemimpin pelajar GM mahupun ASPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: