Polemik isu HE/HX

Bangi 20 Okt : Isu HE/HX atau lebih dikenali sebagai sistem ko kurikulum baru yang disusun oleh pihak HEP atau secara jelasnya di catur oleh Dr Kadderi Md Desa,Pengarah PPP di lihat semakin menjadi sebutan semua mahasiswa UKM. Isu yang dipolemikkan secara jelas oleh GMUKM kali ini dilihat agak tidak semeriah isu yang di bawa oleh GMUKM pada sesi lepas berkaitan dengan SPKG (Sistem Penilaian Kompetensi Generik).

Sesi lepas yang menyaksikan isu SPKG ini akhirnya di tentang oleh ramai pihak hingga menyebabkan pihak PPP menyusun sistem ko kurikulum baru yang bersifat lebih agresif berbanding SPKG.

Dalam kenyataan GMUKM di laman blognya,mereka dilihat agak keras dalam mengkritik sistem ini dan menyebutkan dengan jelas kolej-kolej yang bermasalah di dalam pengurusan sistem ko kurikulum yang baru. Ibu Zain sebagai contoh dilihat merespon isu ini secara lebih serius. Ini dapat dilihat di dalam laman Tindakan Siswa Bersatu tsb-ukm.blogspot.com yang mengeluarkan post berkaitan dengan isu HE/HX di kolej Ibu Zain. Bukan itu sahaja, bahkan di laman facebook telah tertubuh satu front baru yang mengkritik dengan lebih jelas isu ini iaitu GERAM UKM yang di dokongi oleh pelajar tahun satu.

Nadiukm mendapat laporan, hasil daripada isu yang telah dibawa oleh GMUKM pada kali ini memberi satu impak di kolej Ibu Zain. Felo-felo juga di lihat lebih berhati-hati dan semakin serius dalam menguruskan sistem ini. Nadiukm mendapat email daripada seorang pelajar Ibu Zain yang menyebutkan bahawa pihak kolej dan felo semakin menguruskan sistem ini dengan baik hasil isu yang di polemikkan ini.

Nadiukm melihat isu ini seharusnya di bawa bersama samada dari Aspirasi atau GMUKM kerana isu ini adalah isu bersama.Seharusnya politik yang di bawa oleh kedua-dua pihak ini mestilah di dorong oleh politik nilai dan tidak hanya taksub kepada front masing-masing secara membabi buta. Isu ko kurikulum ini dilihat terlalu banyak kelompangannya.

Nadiukm mendapat maklumat berkaitan sistem ko kurikulum terbaru ini yang agak serabut bukan sahaja di kritik di peringkat mahasiswa bahkan Tan Sri Naib Canselor juga tidak memahami sistem yang di susun oleh pengarah PPP tersebut dalam mesyuarat pengurusan universiti yang lepas.

Nadiukm akan terus mengumpul maklumat tentang perkara ini dan akan terus melaporkan dari masa ke semasa.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: