UKM : Universiti UMNO?

Bangi 20 Okt : UKM digemparkan lagi dengan isu terbaru berkaitan dengan penglibatan siswa UKM di dalam perhimpunan agung UMNO. Perkara ini disahkan dalam satu sidang media oleh front mahasiswa,KEMAS(Kesatuan Mahasiswa Mahasiswi) di KLCAH pagi tadi.
Juru cakap KEMAS , Izzat Fathi,pelajar Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan menyatakan bahawa bukti gambar tersebut dapat di lihat dalam sisipan akhbar perdana yang secara jelas memaparkan gambar siswa tersebut yang sedang mengadakan rehearsal untuk perhimpunan agung UMNO.


Perkara ini menimbulkan banyak pandangan dari siswa UKM antaranya Kaukus Siswa Melayu yang dilihat keras mempertikaikan isu yang di bawa oleh front KEMAS ini manakala front mahasiswa GMUKM terus menyambut isu ini untuk di bawa ke pihak atasan.
Isu ini pasti menjadi lebih hangat pada pilihanraya kampus yang akan datang kerana pada awalnya GMUKM dilihat pasti akan tergugat dengan isu UKM 4 akan tetapi isu ini pasti akan menjadi pertikaian terhadap pihak pentadbiran lebih-lebih lagi dalam keadaan ke empat-empat siswa tersebut yang akan berhadapan dengan prosiding AUKU setelah tewas di mahkamah baru-baru ini.
Menurut penganalisis politik kampus,isu ini akan memberi kesan yang besar kepada TSB yang cuba menarik minat mahasiswa kembali menyokong mereka.Dalam keadaan mereka yang sedang cuba menjenamakan semula pengaruh Melayu melalui Kaukus Siswa Melayu yang dikatakan non partisan,maka sudah pasti usaha mereka menjadi lebih sukar.
Menurutnya lagi,Penjenamaan semula Kaukus ini berkemungkinan ada kaitan dengan usaha UMNO untuk melakukan transformasi dengan memberikan bantuan kepada proksi mereka di kampus-kampus dengan membekalkan penasihat-penasihat untuk menyusun semula gerakan melayu yang lebih agresif di kampus yang berpusat di HEP dan antara pembawaan mereka pada kali ini jelas dapat dilihat mirip nada dan gaya PERKASA yang diterajui oleh Datuk Ibrahim Ali.
Soalnya lagi,apakah isu siswa yang terlibat ini juga akan di dakwa dan disabitkan di bawah AUKU sama seperti kes UKM 4?Sekiranya mereka ini dari PALAPES,siapakah yang mengeluarkan arahan untuk mereka turun?Apakah respon TNC dan PPP berkaitan isu ini.?

UKM sejak dari dulu lagi tidak dinafikan banyak melahirkan ahli UMNO.Antaranya,Razali Ibrahim ( timb ketua pemuda UMNO),Dr Abd Hamid Othman ( bekas penasihat agama PM),Dr Abdullah Md Zain (bekas MP Besut) Tan Sri Yusof Nor (Pengerusi Felda)  dan ramai lagi.

Advertisements

14 Responses

  1. senang citer

    Kelab Kolej/KAUKUS/UCR/JAKSA/ -> Aspirasi ->TSB Tindakan Siswa Bersatu->UMNO

    dah nampak sangat,so biar je lah student berpolitik,ni yg pakatan rakyat kene AUKU,yg UMNO ok kan je…x adillah UKM

  2. len kli gov wat lah LARANGAN PELAJAR TERLIBAT DGN PEMBANGKANG ..ni dok belit x bg bpolitik lah pe lah…bg arahan 2 bia jelas & x mngelirukan….pirrahh! KERAJAAN PEMBELIT!

  3. korang ni nak study, study jer..yg sibuk2 nak berpolitik pehal? yg ikut umno tu satu hal, yg atas2 ni duk emo ni dan yg sibuk nak complaint tu dh sah2 la pro-pembangkang. Betul x? Coz kalau org yg neutral, won’t give a damn ngan benda ni semua. Ada otak x boleh nak fikir. Mudah sgt percaya dgn hasutan org especially pembangkang. Ada akal, fikir, jgn guna emosi…tu yg akal pun kena block tu..Korang tu x kan dpt masuk universiti kalau bukan ade kuota utk melayu tau x? mengong!

    • sabar2 Azlene siapa yang terlebih emo ni?sekurangnya emo di atas ada landasan kerana sesuatu perkara besar , bukan emo ana kecil2an.x kisah la dua orang atas tu sokong mana dah namanya rakyat Malaysia.Tapi ada benar juga kata mereka tu.

  4. hukaloh azlene…emo lebih pulak.. pk rasional la..
    study gk.. hal2 lua kne amik tw..
    nti kua,ntvw isu semasa xdapek jwp..
    mne xnyer asek buku jer…
    jdilah mahasiswa y bfkran matang… elek suda…

  5. lg satu nk tmbh.. YAKINLAH rezki tu dr Allah.. bukn dr MANUSIA.. perbaiki hbgn dgn ALLAH,pasti XDE mslah dgn REZKI anda…^^,
    klu bende tupon xykin,nmeyer mslah AKIDAH anda BELOM SELESAI..
    xcye.bkak blek bku akidah tauhid drjah 4,5,dan 6…..
    wallahua`lam

    • Pergh ingat lagi buku tauhid warna hijau sekolah rendah tu ke?sekolah agama petang.mantap ! benar masalah aqidah itu lebih utama , namun yang lain tidak diketepikan.

  6. islam tu menyeluruh..xd apa y dketepikan… masalah nye skrg org islam xphm ajrn islam y sbenar.. mslh tauhid xsettle elok2..pastu nk settle bende lain..haru weyyy..pincang nnti…

  7. pastu timbullah islam baru..hehehe ~peace~

    • Islam jenama apa tu?hehe.pertama sekali perlu ada dalam diri seorang muslim adalah “saleemul aqidah” = aqidah yang benar.

  8. ct dan adeq.. dah baik sngt ker.. masalah akidah berat.. patut la ada org PAS yg xmau jd makmun org UMNO, cmna tu… blja akidah ikut silibus ja.. bab pembagian akidah pun dah byk pendapat…

  9. anti politik..
    ohh,nmpk komen sy cm bdak baik ye…hehehe
    xlah baek sgt..tp sy memndg islam tu pd tempat y layak..
    awak,klu nk nilai sesuatu bende jgn tgok pd pengikut,tp tgok pd asas bende tu..
    klu x,awk jgn marah klu org kta,ISLAM adlh agme y teruk kerana melihat pd suasana msyrkt skrg..
    jgn jdikn itu sbg hujah..
    so point sy kt cni… semua org,sy awk,adeq,hatta admin sekali kne settlekn bab akidaah..
    klu ikot silibuspon xpe,asalkn kte phm n hayati ap y kte belajar tu..
    ~~peace~~

  10. lg satu,akidah y benar hya akidah sunnah wal jama`ah..akidah kte..
    so,awk xpyh susa2 nk pk psl akidah lain.. islam xsusah la wak..tp ble xphm n xnk blaja,time tula islam akn jd satu bende y sgt myushkn…
    so point sy kt cni skli lg… fahamilh islam bukn hye sbg satu agme shj.. tp sbg guideline kte utk hidup…=)

  11. ct klu awk seorg perempuan, akan bernikah dgn awk, sedaya-upaya usaha cari, hehe, mantap hujah awk.. bleh ajar anak2 saya nnti..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: