Surau Kolej Jadi Sarang Maksiat

Bangi- seorang siswi dikejutkan dengan pasangan yang dilihat berasmara di dalam surau sebuah kolej baru-baru ini. Beliau yang berniat untuk mengulangkaji pelajaran di surau pada malam tersebut terganggu kerana terserempak dengan pasangan tersebut di dalam surau yang gelap.

“Apabila saya buka pintu, bau wangi menusuk hidung. Saya terus buka lampu kerana terlalu gelap. Saya berasa sangat terkejut apabila seorang lelaki cepat-cepat bangkit dan lari. Yang perempuan pula yang pada awalnya berbaring kembali duduk sambil mencebikkan muka lalu bersiap memakai tudung dan keluar dengan tenang seperti tidak berlaku apa-apa. Saya tergamam dengan apa yang berlaku dan tidak berkata apa-apa,” beritahu Ummu Hani, siswi FST yang melahirkan rasa kesal dan sedih.

Keesokkan harinya, beliau bertemu dengan seorang felo mengadukan hal ini. Namun, pertikaian kebenaran berlaku kerana dia hanya seorang ketika kejadian. Respon yang menghampakan menyebabkan dia mengadu kepada JAKSA kerohanian kolej pula. Beliau berasa sangat kesal kerana sikap acuh tak acuh JAKSA tersebut.

“Saya berharap, kita jangan fikir perkara ini perkara ringan kerana surau yang merupakan tempat ibadah telah dicemari dengan perbuatan terkutuk. Saya berasa sangat kesal kerana seorang yang mengaku muslim sanggup berbuat demikian di rumah Allah,” luah Ummu lagi.-NadiUKM.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: