PMUKM buat laporan polis

Bangi 31 Dis – PMUKM telah membuat laporan polis berkaitan dengan isu penyalahgunaan logo PMUKM oleh individu tertentu yang dikatakan cuba untuk mendapatkan respon mahasiswa UKM berkaitan pilihanraya kampus.

Berdasarkan maklumat yang diambil dari blog mereka,Saudara Kamal Ali,Setiausaha PMUKM menjelaskan  bahawa isu penggunaan logo PMUKM perlu mengikut saluran yang betul dan benar kerana katanya logo PMUKM itu sendiri mempunyai maksud tersendiri dan sebagai lambang penyatuan seluruh mahasiswa UKM.Ujarnya lagi,penyalahgunaan logo tersebut boleh menimbulkan suasana kurang senang dan huru-hara di kalangan mahasiswa UKM. Beliau yang juga Exco Kerohanian PMUKM juga menyebutkan bahawa dalam Islam,kita seharusnya menapis setiap maklumat yang diterima dan memastikan bahawa maklumat itu sahih dan bukannya fitnah dengan merujuk kepada penjelasan ayat di dalam surah al Hujurat.

Isu ini pastinya akan merancakkan lagi perjalanan pilihanraya kampus yang dikatakan akan berlangsung sekitar akhir Januari.Nadiukm akan terus mengumpulkan maklumat dari masa ke semasa berkaitan dengan maklumat pilihanraya kampus.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: