Pro Canselor UKM Baru Pertama Kalangan Wanita

BANGI 5 Jan. 2011- Puteri Bongsu Baginda Sultan Kedah Tunku Panglima Besar Kedah Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini dilantik sebagai salah seorang Pro Canselor UKM menjadikannya wanita yang pertama menyandang jawatan itu di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Naib Canselor UKM Prof Tan Sri Dato’  Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata Tunku Puteri Intan Safinaz merupakan wanita pertama dalam senarai keseluruhan sepuluh orang Pro Canselor UKM yang pernah dilantik sejak penubuhannya 40 tahun lalu. Prof Sharifah Hapsah berkata Puteri Intan Safinaz juga mempunyai sifat kepahlawanan dan berjiwa kental apabila menjadi wanita pertama dari kerabat di raja yang menjadi komander dalam Askar Wataniah, ia itu bagi Rejimen 513.

Hasil khidmatnya itu beliau telah dianugerahkan Darjah Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) oleh Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tunku Puteri Intan Safinaz telah terlibat dengan UKM sejak 2007 apabila dilantik sebagai Felo DiRaja di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI). Beliau juga terlibat secara langsung dalam menjayakan agenda pemuliharaan warisan dan kelestarian melalui Langkawi Geopark yang dipelopori Kumpulan Warisan Geologi Malaysia. Usaha beliau ini telah membawa kepada pengiktirafan Pulau Langkawi, Kedah disenarai dalam Global Geoparks Network di bawah naungan UNESCO pada Jun 2007.

Tunku Puteri Safinaz dalam ucapan penerimaannya berkata UKM kini berada pada landasan yang betul dalam memacu kejayaan penyelidikan dan pembangunannya. “Dengan kekuatan lapan nic penyelidikan yang strategik dan holistik, saya berkeyakinan bahawa UKM akan terus dihormati di peringkat kebangsaan dan antarabangsa”. Beliau merujuk kepada kewujudan pusat-pusat penyelidikan dan kecemerlangan seperti Pusat Penyelidikan Langkawi, Tasik Chini, Bukit Fraser dan beberapa lagi pusat kecemerlangan penyelidikan.

“Aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang diamalkan di UKM perlulah memberikan impak yang tinggi kepada pembangunan masyarakat dan negara dan perlu selaras dengan aspirasi dan plan transformasi kerajaan.”

Beliau berkata ini termasuklah Plan Transformasi Kerajaan (GTP) melalui beberapa kerangka yang telah digariskan ke arah menuju negara maju pada tahun 2020. Beliau menambah bahawa pembangunan kemahiran insaniah yang komprehensif  perlu dititik beratkan selain dari aspek akademik untuk dapat meningkatkan daya saing dan pasaran para graduan UKM.

“Dengan pelantikan saya sebagai Pro-Canselor UKM, saya berharap dapat memberikan sumbangan untuk terus memacu dan menggalakkan perkembangan pesat UKM mencapai kecemerlangan dalam aspek penyelidikan, pendidikan dan khidmat masyarakat,”  tambah beliau.

Watikah perlantikannya telah diserahkan oleh Yang di Pertua Besar Negeri Sembilan Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, sebagai Chanselor UKM.  Turut hadir pada majlis tersebut adalah timbalan-timabalan Naib Canselor dekan fakulti dan pegawai kanan universiti.-NadiUKM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: