Pemansuhan SPKG dan HX:Siapa Juara?

Sistem Penilaian Kopetensi Generik (SPKG) dan subjek kokurikulum HHHX yang menjadi polemik bagi mahasiswa UKM secara rasmi akan dimansuhkan, kata Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akedemik & Antarabangsa), Prof Dato’ Ir. Dr Hassan Basri dalam Taklimat Perlaksanaan Ko-kurikulum baru-baru ini.

Sejurus selepas tersebarnya berita pemansuhan sistem SPKG dan subjek Ko-Kurikulum HHHX, banyak pihak mula bersuara mendakwa bahawa mereka yang terkehadapan dalam memperjuangkan isu ini terutama sekali golongan front-front politik di UKM seperti Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) ,Aspirasi UKM (ASPIRASI)  dan sebagainya.

Tinjauan NADI di blog-blog front mahasiswa ini mendapati isu ini seolah-olah menjadi satu polemik apabila penyokong fanatik dari front masing-masing mendabik dada mengaku bahawa merekalah menjuarai isu ini dan bertanggungjawab menyebabkan pengurusan UKM  terpaksa membubarkan SPKG dan HX ekoran masalah yang kerap timbul sehinggakan menyebabkan berlakunya kekeliruan dalam sistem pembelajaran UKM.

Persoalannya kini, siapakah sebenarnya juara isu ini sejak ianya diperkatakan di UKM?

Melalui pemerhatian dan analisis yang dibuat oleh pihak NADI UKM, kami mendapati terdapat beberapa usaha daripada kedua-dua belah pihak, terutamanya GMUKM dan Aspirasi dalam memperjuangkan isu SPKG. Paling ketara adalah penganjuran Debat Terbuka SPKG antara mahasiswa dari GMUKM dan ASPIRASI di Pusanika beberapa minggu sebelum Pilihan Raya Kampus (PRK) yang lepas.

Namun, penganjuran debat tersebut tidak menampakkan persaingan apabila Aspirasi gagal menampilkan wakilnya yang dijemput ketika itu,Safarizmal sedangkan pihak GMUKM telah menghantar tiga orang wakil untuk berdebat mengenai ketidakwajaran dan penyalahgunaan kuasa dalam pelaksanaan sistem ini.

Beberapa minggu selepas PRK berlangsung, pihak NADI mendapati isu ini menjadi semakin hangat apabila terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa SPKG akan dimansuhkan secara perlahan-lahan oleh pihak pentadbiran UKM. Hal ini pernah disiarkan di dalam NADI UKM dalam post yang lalu selepas mendapat maklumat bahawa beberapa orang pelajar UKM mempunyai masalah dalam sistem SPKG.

Keadaan kembali hangat apabila kemasukan mahasiswa baru UKM sesi 2010/2011 pada bulan Julai kali ini telah disajikan dengan sistem ko-kurikulum yang baru, HHHX. Isu ini telah menjadi satu liabiliti kepada pentadbiran UKM secara keseluruhannya oleh kerana sistem ini tidak banyak bezanya dengan sistem SPKG yang pernah digubal beberapa tahun lepas.

Kewujudan beberapa front baru seperti Gerakan Mengkaji HHHX (GERAM) nyata menunjukkan bahawa pelajar UKM makin bosan dgn sistem SPKG dan HHHX yang diguna pakai sekarang dan mereka mahukan perubahan dilakukan secepat mungkin untuk mengelak mahasiswa terus dizalimi dengan ketidakwajaran sistem ini.

NADI UKM telah dihubungi oleh banyak pihak setelah isu ini disiarkan. Dari pemerhatian pihak NADI  mendapati rata-rata pelajar UKM amat tertekan dengan pelaksanaan sistem “separuh masak” itu. Perjuangan GERAM telah berjaya membuka mata Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato Dr Sharifah Habsah terhadap isu SPKG dan HX ekoran daripada piket terbuka GERAM awal Ogos yang lalu.

NADI UKM menyifatkan pemansuhan kedua-dua sistem ini menunjukkan satu gerakan perubahan telah berlaku dalam sistem pentadbiran UKM sekarang. Malah,pihak NADI berharap agar perubahan ini akan berterusan bagi menjamin kecemerlangan pelajar UKM dapat ditingkatkan

Persoalan mengenai siapakah juara kepada isu SPKG dan HHHX ini, pihak NADI UKM lontarkan kepada warga UKM untuk membuat penilaian dengan mendalam sebelum memihak kepada mana-mana pihak yang mendakwa mereka juara dalam isu ini.-NadiUKM

Advertisements

8 Responses

  1. Sgt2 bersyukur sekiranya spkg & hhhx dihapuskan kerana hhhx sedikit sebanyak telak mencacatkan result utk sem lalu. & ia turut membebankan pelajar yg status koke nya tl.

  2. x kisahlah spe heronya..tapi apa yang saya nmpk gmukm mmg byk bekerja keras……

  3. GM xyah la nk bangga kata dia yg perjuangkan isu ni, dah mmg kaki pembangkang.. Aspirasi lak hanya taw angguk kepala ja, semua pntadbiran buat btui bkn nk perjuang hak mahasiswa… masing2 ada kepentingan

  4. mana dr kadderi skang?? bukan ke idea dia ke sume ni??

  5. balqis dan nur, korg ni mmg dah ta’asup dengn GM.. kenang la cikit jasa diorg yg dah berbakti sama… klu GM menang pun mungkin buat perkara yg sama juga dengan Aspirasi…

    • kan saya kata apa yang saya nmpak saya x kata gm hero tapi saya kata apa yang saya nmpk diorang wat…pandai2lah wat penilaian wahai anti-politik…..

  6. Tahniah GMUKM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: