Kemasukan IPT Sesi Depan Bermula September

Bangi,7 Jan – Kesemua naib canselor IPT seluruh Negara bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk menyelaraskan kemasukan baru IPT di bulan September.Hal ini kerana kerajaan mempertimbangkan untuk menyelaraskan kemasukan pelajar luar negara dan dalam Negara ke IPT masing-masing secara serentak.

Keputusan ini tercapai selepas satu mesyuarat di antara kesemua naib canselor dengan Jawatankuasa Rektor dan Naib Canselor Malaysia kelmarin di Dewan Budaya USM.

Pengerusinya,Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dipetik sebagai berkata anjakan kemasukan pelajar IPT yang lazimnya pada bulan Julai kepada September akan meningkatkan status universiti tempatan menjadi lebih cekap dan global,termasuk membantu melicinkan lagi program pertukaran pelajar antarabangsa.

“Penyelarasan itu perlu kerana kebanyakan institusi pengajian di negara luar memulakan sesi akademik mereka pada bulan September,”ujar beliau ketika ditanya wartawan semalam.

Menteri Pengajian Tinggi,Datuk Seri Khaled Nordin berkata dalam satu temu bual kelmarin,penyelarasan calendar akademik IPTA akan dilakukan scara berperingkat-peringkat dari  Jun ke September mulai sesi 2011/2012 hingga ke sesi 2013/2014.

Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke depan setiap sesi akademik supaya fasa peralihan dari Julai ke September dapat dilaksanakan mulai sesi akademik 2013/2014.

Usaha ini amat penting bagi menjamin keberjayaan transformasi pengajian tinggi Negara menerusi Fasa Kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) mulai 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2015.-NadiUkm

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: