SPKG & HHHX : Kadderi Dipecat

Bangi, 7 Jan – Ekoran daripada pemansuhan  Sistem Penilaian Kopetensi Generik (SPKG) dan subjek ko-kurikulum tahun 1, HHHX beberapa hari lepas, Prof Madya Dr. Kadderi Md Desa dilaporkan telah dipecat dari jawatan Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar (PPP).

Dr Kadderi sebelum dipecat merupakan penggubal kepada Sistem SPKG & ko-kurikulum. Menurut sumber, pemecatan Dr Kadderi daripada jawatan pengarah PPP adalah disebabkan kegagalannya dalam mengendalikan sistem SPKG & Ko-kurikulum dengan baik.

Sistem SPKG yang dilaksanakan kali petama pada kemasukan 2008/2009 telah mendapat tentangan yang hebat daripada penghuni UKM, baik mahasiswa mahupun pensyarah oleh kerana struktur sistem yang dilihat kurang lengkap dan tidak seimbang.

“sukar untuk saya menilai perkembangan mahasiswa ini, kerana ada sebahagian besar daripadanya bukan anak murid saya. Jadi susah untuk saya memberi markah kepada pelajar” ujar seorang pensyarah FST yang mahu dirahsiakan namanya.

Sejurus selepas kegagalan dalam perlaksanaan sistem SPKG, Dr Kadderi mengambil inisiatif melaksanakan sistem baru ko-kurikulum HHHX bermodelkan sistem SPKG pada sesi kemasukan 2010/2011.

Namun begitu, perlaksanaan Sistem ko-kurikulum HHHX juga menemui kegagalan. Hal ini kerana perlaksanaan sistem HHHX ini yang banyak menimbulkan kekeliruan di kalangan mahasiswa tahun 1 ekoran sistem permarkahan yang bercanggah di setiap kolej. Selain itu, perlaksaan subjek HHHX ini sedikit sebanyak memberi kesan yang besar kepada kelab-kelab ko-kurikulum UKM.

Kegagalan demi kegagalan yang ditimpa Dr Kadderi telah membuatkan beliau hilang kredabiliti dan kepercayaan daripada pentadbiran atasan justeru mengambil keputusan memecat Dr Kadderi daripada jawatan Pengarah PPP untuk mengelakkan ianya semakin parah.

Setelah berkhidmat sebagai Pengarah Pengarah PPP  selama 1 tahun 5 bulan bermula 10 Ogos 2009 lalu, kini  jawatan itu dilucutkan dan disandang pula oleh Prof. Madya Dr Khaidzir Hj Ismail.

Tahiah diucapkan kepada Prof Madya Dr Khaidzir Hj Ismail atas perlantikan sebagai Pengarah baru PPP. Semoga amanah yang diberikan dapat membentuk mahasiswa ke arah kecemerlangan baik dari segi akedemik mahupun modal insan.-NadiUKM

Advertisements

13 Responses

  1. perghhh,pengetua kolej mantan aku tuuuu…terbaik lah kadderi…itu baru telus kan menurut perspektif yang berbeza,Dr??

  2. langkah yang bijak…kita tengok pulak pembaharuan prof khaizir..

  3. wey… pihak UKM pun.. senang2 je terima plan2 orang2..
    yang jadi mangsa? plaja gakk
    student UKM akan selalu jadi bahan eksperimen..
    tak caya? tunggu je lagi sem ni..

  4. ATA dan asiyah yusra, korang ni sapa yg terajui pun sama ja, mesti ada yg x kena.. dah jenis keja nk bangkang ja.. rosak pemikiran tu..

  5. SPKG ni xde apa2 pon..setuju dgn bahan eksperimen.plajar jadi mangsa…..UKM ni pelik2 je tapi hasilnya down……….

    YURAN KHAS KOLEJ TU PLAJAR JUGAK KNE JADI MANGSA

  6. ada lecturer kata yuran khas plajar tu sebab upgrade UKM jaring
    tapi, makin lambat ada la den nengok!
    hurm..
    yep. duit pinjaman plaja pun jadi ‘penyumbang’ eksperimen ke?

  7. bahan eksperimen.macam kenal jek doctor yang cakap tu.kita satu amali ek?hehe.

    ahha untuk upgrade jaring.tapi den x guna jaring sebab lambat.jadi keapda sesiapa yang guna jaring selamat menggunakannya.

    kenapa jaring masuk sekali dalam yuran?pilihan x boleh ke.

  8. la smpi cmtu eh?tpi mmg spkg tu menyerabutkn jiwa student pn.tmbhn pulak law si penilai “pilih kaseh’.mmg xptt ade spkg.

  9. benci jaring ukm …dulu penuh..ada blok ni..ada blok tu…. skang jaring jer…tiba2 sesat jaring spot..haiyaa….wa sakit hati maa….mak gua bukan cop duit maa…cis

  10. adeq n da geng.. hampa sume cakap ja lebat, setakt mana la ilmiah sngt.. nilai ilmu yg sepatut ada pada mahasiswa dulu, bkn nilai mencari kesalahan org, cakap kt sini berani la..

    • eheh den cakap lebat ke?mana lah lebatnya.rintik je tu.ahha bagus mari kita bersama ‘politik nilai’.kalau nak kata studi InshaAllah belum ada masalah setakat ini. =)

      Ilmu tu kan milik Allah , x elok sombong andai ada ilmu yang ciput.sama2 lah kongsi x gtu kan.selamat maju jaya semua untuk sem ini.Akademik dan sahsiah peribadi.

  11. anti-politik: sekurang2nya ada jugak respon daripada mahasiswa..nmpakla mahasiswa nie cakna..
    bukan mahasiswa yang lesu

  12. setuju asiyah yusra.. jdilah mahasiswa yg berfikiran matang..
    cakna ngn isu semasa… n stdy up puyerr..^^,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: