ASPIRASI Mula Mengorak Langkah

Serdang, 8 Jan –  Aspirasi dilihat mula mengorak langkah bagi menghadapi Pilihanraya Kampus (PRK) yang  akan datang dengan menjadikan Program Damping Kampus (DAKAP) sebagai pemangkin kepada gerakan jentera aspirasi .

Program Damping Kampus dianjurkan oleh Persatuan Alumni Pemimpim Mahasiswa Aspirasi Malaysia di Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada jentera-jentera Aspirasi mengenai Pilihanraya, disamping memberi fokus kepada cara-cara mendekati pengundi muda.

Tekanan yang diberikan oleh  Gabungan Mahasiswa(GMUKM) yang semakin melaju melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan saban minggu membuatkan Ketua Jentera Aspirasi mengambil langkah awal bagi menghadapai gelombang ungu yang kian berkembang.

Aspirasi yang sebelum ini kelihatan lesu terhadap isu-isu kampus, sudah mula mengambil beberapa langkah bagi mempersiapkan jentera-jenteranya bagi mengekalkan kuasa PMUKM pada PRK  yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Bagi Pihak NadiUKM, ini merupakan suatu kelainan bagi Aspirasi yang kebiasaannya mula bergerak aktif beberapa minggu sebelum PRK. Inisiatif awal yang dilakukan oleh jentera Aspirasi  ini tindakan yang bagus bagi menjamin kemenangan Aspirasi.

Kini, Kedua-dua jentera sudah kelihatan  laju dalam memenangi isu. Mungkinkah PRK sudah terlalu hampir? Siapakah pula yang bakal menjuarai PRK kali ini? Nantikan pendedahan selanjutnya oleh NadiUKM. –NadiUKM

Advertisements

4 Responses

  1. biasanye kelab paling malas di UKM akan menunjukkan keakifan mereka sewaktu:
    – Minggu pengenalan kelab
    – Pilihan Raya Kampus
    – Mesyuarat Agung.

  2. saya tamabah ye minggu mesra pelajar(mmp) 🙂

    • Satu lagi, diorang nie selalu dapat nama dari program yang diorang x pernah buat. Kononnye diorang nie terlibat sama. Bak kata pepatah: orang lain punya program, aspirasi (Kelab paling malas) dapat nama.

  3. HAHAHAH…
    btol2…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: