Adakah GMUKM = PAS ?

Bangi, 10 Jan – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini digemparkan dengan poster menyokong perlantikan Prof Ir. Dr. Othman A. Karim sebagai TNC HEPA yang baru.

Di dalam poster tersebut juga mengandungi logo Gabungan Mahasiswa (GMUKM) beserta beberapa pertubuhan Islam yang lain antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) termasuklah Pasti Islam Se-Malaysia (PAS).

Rondaan wartawan NadiUKM mendapati, risalah poster ini dilihat bertebaran di hampir keseluruhan ‘bus stop’ dan laluan pejalan kaki.

Menurut seorang pelajar yang sempat ditemu bual oleh wartawan NadiUKM, beliau kelihatan keliru dengan gambar-gambar yang ada di dalam poster tersebut dan menimbulkan beberapa persoalan berkaitan hubungan GMUKM dengan pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia ini terutamanya PAS.

“Saya rasa pelik bila melihat gambar dalam poster terutamanya beberapa logo yang terdapat dalam poster ini. Saya kenal beberapa logo di dalam ini, ini adalah NGO-NGO Islam di Malaysia kecuali PAS. PAS adalah sebuah parti politik. Apa hubungan GMUKM dengan PAS sebenarnya? Adakah GMUKM adalah anak didik PAS?” kata seorang mahasiswa FEP.

Persoalan-persoalan ini, pihak NadiUKM lontarkan kepada pihak Gabungan Mahasiswa untuk menjawab segala persoalan yang timbul. Adakah benar GMUKM itu adalah PAS? -NadiUKM

Advertisements

7 Responses

  1. aq joging pagi nampak gak…. sepanjang jalan dari fpen sampai za’ba… yang aq plik nye nape ade logo PAS???

  2. setau saya la,poster GM standard dia bukan mcm ni..design mmg power & smart, klu stakat wt poster mcm ni guna Microsoft Word?? sorry la sy tgk sekali dh tau bukan keje bdk GM..ntah2 keje…….

  3. oh ye..setau sy ada ahli ASPIRASI masuk Pas & mewar-warkan mengenainya di Facebook beliau (MPP plak tu..), So agaknya ASPIRASI = Pas??

  4. ait? ini pun ble jadi isu ke??
    ini propaganda ntah dari sapa.. tak pasal2 semua NGO kena..
    dan yang pelik NGO islam je plak tu… tak pelik ke??
    abaikanla.. ini keje dak2 tader kerja..
    provokasi mencari publisiti

  5. biasela dh nk masuk musim PRK…

    lepas ni ada plak notis/poster calon2 berkepala Haiwan..mcm2 la…..

  6. tu la korg keja nk politik ja, nk wat propaganda pun xtaw, bg la sharp sikit.. lps ni buat plak Aspirasi ngn UMNO.. kena pertahankan melayu.. lps tu cina lak wat dgn DAP.. ok gak..

  7. comel sapa buat nie.tahniah la yang sokong GM nhe NGO Islam.selamat x ada SIS and d geng.

    sapa lah yang buat lagipun kalau betul PAS ke ISMA ke sokong TNC HEPA apa masalah?huhu.

    mat / minah propa sungguh ~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: