Duta GMUKM Difitnah

Bangi, 11 Jan – Hari ini merupakan kali ke-2 Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) digemparkan dengan poster-poster yang bertaburan pada pagi tadi. Poster-poster tersebut dilihat bertebaran di sekitar kawasan UKM terutamanya di ‘Bus Stop’ kawasan kolej kediaman.

Dalam poster tersebut terkandung gambar duta-duta Gabungan Mahasiswa (GMUKM) iaitu Mohamad Fariq Fitri Bin Mohd Saleh (duta bagi tahun 2) , Muslimah Binti Marsi (duta bagi tahun 3) , dan Wah Ahmad Fahmi Bin Wan Abd Hamid (duta bagi tahun 3). Namun begitu, setiap daripada gambar-gambar tersebut dikaitkan dengan perkataan-perkataan yang berbaur fitnah seperti  Gay Malaya (Fariq Fitri), Bohsia Ronggeng (Muslimah) dan Sotong Kering (Wah Ahmad Fahmi). Tambahan, GMUKM juga ditukar kepada “Ganyang Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia”

Tindakan ini merupakan satu tindakan yang agak keterlaluan sehingga sanggup menyerang peribadi duta-duta GMUKM. Pihak NadiUKM berpendapat bahawa tindakan ini adalah bertujuan untuk menjatuhkan kredabiliti duta-duta GMUKM dalam keadaan Pilihanraya Kampus yang semakin hampir.

Penyokong-penyokong GMUKM ketika ditemui pagi tadi menyifatkan tindakan ini merupakan satu tindakan yang melampau dan sangat tidak bermaruah.

“Saya tidak sangka ada orang yang sanggup melemparkan tohmahan yang begitu dasyat sekali kepada duta-duta GMUKM. Adakah mereka ini tidak tahu dosa, pahala dan syurga neraka? Saya harap, mereka-mereka ini datang mohon maaf kepada duta-duta GMUKM. Sekiranya mereka enggan, kami akan tuntut sampai ke padang mahsyar nanti“ –tegas salah seorang penyokong GMUKM

Gelombang Pilihanraya Kampus kini semakin dirasai. PRK makin hari makin panas dengan isu yang pelbagai. Berbagai isu yang cuba dimainkan oleh kedua-dua belah pihak bagi menjuarai PRK yang akan datang. Ini mungkin petanda bahawasanya Pilihanraya Kampus semakin hampir. – NadiUKM

 

 

 

Advertisements

6 Responses

  1. ish2…nauzubillah…benci politik….busuk..jijiks..mcm politik luar tu..tolong la

  2. ishh2x..jgn benci poltk…. nabi muhammad pon berpolitik tw..time dlm ngra madinah tu..
    klu kotor,awk la tolong sumbang ke arah politik bersih… ~peace~

  3. aku dah agak dah, politik camni… pergi brambus la dngn politk kepartian tu.. aspirasi sama ja ngn GM.. dekat nk pilhanraya.. terhegeh2 la wat cmni..

  4. PRK semakin hmpir..mcm2 ragam bleh tgk kat kampus…inilah politik….mcm2 org bleh buat kerana POLITIK….ap yg berlaku didalam setiap kumpulan hnya org2 tertentu shja yg tahu…siapa yg memburukkan siapa…smua hnya pihak dalaman kumpulan sahaja yg tau..ad yg memburukkan kumpulan masing2 krana mahu pihak yg satu lgi dipandang serong..begitu jg kumpulan yg bertentangan…mcm2…hmmm….slamat maju jaya…kpada smua parti politik kampus…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: