‘Pendatang Baru’ Kolej Burhan

Bangi, 11 Jan – Seorang siswi dikejutkan dengan bunyi ‘pendatang baru’ di Kolej Burhannudin Helmi beberapa hari lalu. Beliau yang keseorangan pulang ke bilik terpaksa berlari pantas masuk ke blok kediamannya kerana gusar akan disondol. Kelihatan beberapa ekor khinzir dewasa dan anak-anaknya sedang mencari-cari makanan di longgokan sampah di belakang blok asrama wanita.

NadiUKM telah melakukan tinjauan ke kolej berkenaan dan berjaya merakamkan beberapa gambar bukti kehadiran ‘pendatang’ tersebut di UKM ini.

“Ini pertama kali saya jumpa khinzir dengan jarak dekat. Sebelum ini selalu mendengar cerita kawan-kawan saya terserempak dengan khinzir di depan Kolej Tun Hussin Onn dan Kolej Rahim Kajai. Saya tak menyangka rupanya tempat pembuangan sampah di belakang blok asrama Kolej Burhannudin Helmi pun menjadi lubuk makanan mereka,” ujar seorang siswi yang mahu dikenali sebagai Siti.

Beritahunya lagi, kumpulan khinzir tersebut telah menyebabkan sampah-sampah bersepah dan memburukkan pandangan mata. NadiUKM merasakan hal ini perlu diberi perhatian secepat mungkin bagi mengelakkan lebih banyak masalah timbul.-NadiUKM

 

 

Advertisements

10 Responses

  1. nak salah khinzir ke? aku rasa bkn salah haiwan, tgk sampah sarap kat situ,,,aku rasa mmg tmpt ni koto, kalo x koto xkan khinzir ni tau “port” ni…

  2. Tahukah anda, ternakan babi secara besar-besaran dipanggil sebagai Projek Babi Negara?

  3. tahniah buat pihak NadiUkm.Sem baru ini melihat Nadi Ukm lebih membuat penulisan berbentuk berita berbanding cerita.

    “NadiUKM merasakan hal ini perlu diberi perhatian secepat mungkin bagi mengelakkan lebih banyak masalah timbul”..

    quote ni sangat bagus.Baru perasan ada sem ni.teruskan membongkar misteri Ukm untuk semua rakyat Ukm.

  4. bahaya la babi ni. orang balik PTSL lewat-lewat malam selalu terserempak. babi punya babi.

    dan bab sampah tu, pihak tertentu tak ambil tindakan ke? sampah menimbun pun tak reti selenggara.

    babi punya babi. semua babi.

  5. ak ase 2 kali ak jmpa binatang nih..
    sekali kat kolej rahim kajai pastuh kat pusat skuasy…
    terkejot ak sebab binatang tuh lintas depan ak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: