Air Tiada Lagi !!!

Bangi, 14 Jan – Sekali lagi mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dikejutkan dengan masalah ketiadaan air. Masalah ketiadaan air ini bukannya sesuatu yang baru di kalangan mahasiswa UKM. Masalah ini timbul sejak beberapa tahun yang lalu, namun ianya makin membarah sejak setahun lalu. Masalah Ketiadaan air di UKM ini merupakan isu yang tidak pernah menemui jalan penyelesaian.

Air merupakan salah satu keperluan asas bagi setiap manusia. Ketiadaan Air merupakan satu impak yang besar dan menganggu aktiviti manusia keseluruhannya.

Beberapa orang mahasiswa meluahkan rasa kecewa terhadap masalah air yang kerap kali berlaku. Pihak NadiUKM sempat menemui beberapa orang mahasiswa untuk mendengar sendiri situasi sebenar yang berlaku berkaitan isu ketiadaan air ini.

“Isu ketiadaan air ini merupakan perkara yang sudah lama kronik dan setakat ini tiada apa-apa penyelesaian dilakukan.Kami sudah lama berhadapan dengan masalah ini dan sudah muak dengan ketiadaan air ini.” Tegas seorang mahasiswa kolej Aminudin Baki

“isu ketiadaan air ini merupakan isu yang paling penting dititik-beratkan oleh pihak yang bertanggungjawab kerana mahasiswa perlu menggunakan air untuk mandi,membasuh pakaian dan yang paling penting untuk berwudhuk,khususnya bagi mahasiswa muslim,kalau air takde,macam mana kami nak pegi kelas? macam mana kami nak ambil wudhuk? benda ini cukup menyusahkan dan kami harapkan pihak terbabit mengambil serius tentang perkara ini,air adalah keperluan seharian kami.” Kata seorang mahasiswa tahun-2, kolej keris mas

Begitulah rata-rata luahan yang dilontarkan oleh mahasiswa berkenaan isu masalah ketiadaan air ini.

Menurut sumber maklumat yang diterima NadiUKM, masalah air ini berpunca daripada kebocoran paip yang menyalurkan air ke UKM. Oleh yang demikian, pihak Syabas terpaksa mengambil tindakan menutup paip-paip air lalu menyebabkan takungan air di tangki-tangki utama semakin bekurangan.

Pihak NadiUKM merasakan perkara ini perlu diambil tindakan segera demi mengelakkan masalah-masalah yang lebih kronik timbul. NadiUKM juga berharap masalah ketiadaan air ini tidak lagi berulang pada masa yang akan datang.

Advertisements

3 Responses

  1. mohon utk share

  2. isu ni kene selesaikan segere…. dah tak larat dah ni p klas asik tak mandi….

    http://www.facebook.com/home.php#!/pages/Gerakan-Mahasiswa-Perlukan-Air-GEMPA/118311778242449

  3. kantoii x mandi…hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: