Teka-Teki PRK 2011 : Tanda-tanda awal PRK

Bangi, 18 Jan – Tarikh sebenar pilihanraya kampus(PRK) sehingga kini masih lagi menjadi satu persoalan yang hangat di kalangan mahasiswa terutamanya bagi parti politik utama di UKM, ASPIRASI, GMUKM dan juga TSB. Akan tetapi, apa yang pasti, PRK ini pasti akan dilangsungkan dalam masa yang terdekat.

Menurut sumber maklumat yang diterima pihak NadiUKM , satu bengkel semakan buku panduan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)telah diadakan Isnin lalu. Bengkel tersebut diadakan di Kelab Golf Danau pada pukul 8.30 pagi hingga pukul 5 petang.

Bengkel tersebut telah menjadi satu petunjuk awal kepada segala persoalan mengenai tarikh sebenar PRK 2011. Ini kerana badan-badan yang bertanggungjawab dalam perlaksanaan PRK sudahpun menjalankan gerak kerja awal bagi mempersiapkan kelengkapan PRK yang akan datang. Secara tidak langsung, ini membawa erti bahawa PRK akan berlangsung tidak lama lagi.

Selain daripada perlaksanaan bengkel tersebut, taburan poster dan flyers juga sedang hangat dijalankan. Minggu lepas sahaja, mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dikejutkan dengan 7 penebaran flyers-flyers haram.

Diantaranya ialah poster sokongan Prof Ir Dr. Othman sebagai TNC HEPA, Poster Fitnah duta Gabungan Mahasiswa UKM(GMUKM), risalah pendedahan kegagalan serta penyelewengan ketua jentera aspirasi (BOB), risalah siswa sedar mengenai juara HX dan beberapa flyers yang lain.

Menurut satu sumber lagi, jentera Aspirasi juga telah mengadakan perkampungan atau bengkel bagi persiapan menghadapi pilihanraya di Hulu Langat pada minggu lepas. Ini semua merupakan petanda awal bahawa PRK sudah semakin hampir. Bahangnya juga makin terasa apabila kedua-dua parti politik kampus, ASPIRASI dan GMUKM semakin rancak melaksanakan kempen dan program sebagai persediaan untuk menghadapi PRK tidak lama lagi.

Siapakah yang akan menjuarai PRK kali ini? Sama-sama kita nantikan – NadiUKM

Advertisements

One Response

  1. tanda-tanda pilihan raya:
    1. kelab paling malas di setiap kolej mengadakan mesyuarat setelah 5-6 bulan menyepi..
    2. terbitnya risalah-risalah dari kelab paling malas. design risalah memang hampeh la. budak pemalas la katakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: