Mesra ‘Kaki Surau’ Jadi Bahana Henti Tender

Bangi, 21 Jan- Seorang pemilik kedai runcit di Pusat Perkhidmatan Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) dilaporkan akan diusir keluar dari berniaga di kolej berkenaan. Pemilik kedai tersebut, Mak Cik Sally telah dituduh bersekongkol dengan kumpulan mahasiswa  yang lantang memperjuangkan falsafah universiti iaitu Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM).

Mak Cik Sally yang sudah bertahun-tahun lamanya berniaga di situ terkejut apabila mendapat surat dari Pengetua kolej berkenaan, Prof Madya Dr. Mohd Rizal Yaakob untuk ditamatkan tendernya. NadiUKM mendapatkan penjelasan dari seorang siswi tahun akhir kolej berkenaan,  Nurul yang menyalurkan  berita ini, “Kes ini berlaku akibat aduan dari seorang mahasiswa tahun 2 yang sekarang ini menjadi jentera Aspirasi ke pihak Pengetua. Kita tahu ramai ‘kaki-kaki surau’ baik dengan Mak Cik. Malah, mereka sering menolong Mak Cik Sally. Oleh itu, Mak Cik dituduh menyalurkan wang kepada kumpulan GMUKM.”

“Saya kasihan dengan Mak Cik Sally. Beliau menangis akibat terlalu sedih dengan apa yang menimpanya.  Ini kerana  sumber pendapatannya adalah melalui kedai runcitnya itu selama bertahun-tahun lamanya dan sangat mesra dengan penghuni kolej  serta menganggap pelajar-pelajar adalah seperti anaknya. Sekiranya beliau terpaksa mengundur diri, beliau buntu untuk berniaga di mana lagi. Sekarang Mak Cik dalam proses buat rayuan untuk kekal di situ.” ujar Nurul.

Luah Nurul lagi, “Saya dan rakan-rakan sangat terkejut dan kecewa dengan tindakan mengusir Mak Cik Sally. Hanya sebab dia baik dengan ‘kaki surau’, Mak Cik diusir? Ini satu tindakan kejam. Mengapa kita terlalu menindas mereka yang mempunyai pandangan berbeza dengan kita? Malah Mak Cik pula difitnah menyalurkan wang kepada GMUKM. “

NadiUKM sempat menemuramah saudara Hafiz Razak, Presiden GMUKM melalui medium facebook. Beliau menafikan saluran wang oleh Mak Cik Sally. Beliau memberitahu GMUKM telah berusaha sendiri untuk mendapatkan wang iaitu dengan perniagaan, contohnya menjual nasi lemak, kitar semula, dan berniaga di pasar malam. Tambah beliau lagi, di pihaknya sentiasa gigih berniaga untuk mengumpul dana bagi menghadapi pilihanraya kampus yang bakal berlangsung nanti.

NadiUKM melihat cubaan pengusiran Mak Cik Sally dari berniaga di KIY adalah sebagai antara diskriminasi dan ketidakadilan yang wujud di institut pendidikan terkemuka negara iaitu UKM. Sebelum ini, ugutan kepada penghuni kolej agar mengundi Aspirasi bagi mengelakkan dibuang kolej dan pelbagai lagi isu. NadiUKM merasakan hal ini tidak sepatutnya berlaku dan semua mahasiswa UKM yang cerdik pandai harus berfikiran matang dalam menghadapi dua pilihan ini untuk penilaian tanpa faktor-faktor luar yang mengganggu pertandingan pemilihan MPP.-NadiUKM

115 Responses

  1. ASPIRASI KIY JAHAT!!!!!!korang tgk aaah balasan apa kat korang nanti..guna kuasa melampau2,kesian aku kat makcik ni oooi

  2. tu la makcik sally dok p sokong GMUKM tu buat apa… xpasai2 dah kena tarik tender kedai tu.. bdk2 GM pun satu saja nk per”kuda”kan mak cik tu, kesian kt dia.. tp xpa GMUKM kan duit banyk, bg la modal kt makcik tu buka pasaraya snng cikit nk spply brg2 GM nnti..

    • mana ada budak gm terlibat. kami yang bukan kaki surau pun kena. Kami pun dok lepak jugak kedai mak cik sally, takda pun kena penangan GM. Kami dah la tiada kenderaan, depa (yg tukang benci mak cik sally) ada motor, kereta. Depa boleh la gi jln2. tapi apakah daya bagi kami yg jalan menggunakan kaki? nak beli barang keperluan kat mana? UO? Zaaba? bnyk cantik! SEbab kan politik, nak kacau periuk nasi orang. Woi! sedar la sikit, HAngpa suma pelajar U, kena belajar adab, ni, dah belajar mcm mana nak sabotaj kehidupan orang lain. Macam ni ke kita? Kepada sesiapa yang terlibat, tolong lah sedar. Rasanya akan berlaku sesuatu yang tak menyenangkan di KIY kalau hangpa berjaya menutup kedai makcik sally.

      • benar,,, saya sokong kata anda,
        hanya dengan menunaikan sedikit amalan utk bekalan akhirat, disalah tafsir.. oooo buat baik pikir len,.. dunnia oh dunia

    • ko tw k mkcik 2 sokong GM…jgn nk finah2,,,lol!!!kuda2,,,,ko igt mkcik tu ap..binatang,,,?kesian kt mkcik 2…sma ngn nsib2 bdk2 FPI yg duduk kolej yg ditadbir oleh org2 yg rUGI..semuanya di pindahkn dkolej zaaba,,,huhuhuu

    • sapa lak kata makcik sokong GM…makcik neutral..kami xpnah bincng ngan makcik hal politik..dan kami xpnah terdetik pun nk mempolitik kan kdai mkcik..jgn salah anggap..untuk pengetahuan saudara/i yg xtau kedudukan sbenar jgn buat sttment menuduh..itu bodoh nmnye..maaf sy berkata2..

  3. da tnya jwpn pihak pentadbiran kolej? sape mahasiswa tahun 2 tu? da jmp dia gak tnya?

    • saya bagi klu. perempuan gemuk besar fpi tahun 2. ala, yg jual burger mlm2 tu. kalau nak jual burger, toksah masuk U!

      • sy taw dak 2 sape..tp ada bukti sahih x?
        kalo xde..jgn pndi2 wat crita,..
        lg satu..slh ke jual burger?kalo jual burger xleh msuk U la? mcm 2 ke pndgn ko?
        trok btol cara ko pkir..klo dia jual u tuk cri pndptn lebey, slah ke? xkn..same la mcm dak tudung labuh jual burger blik ke blik 2 di hostel wanita..so dia pown xlyak msuk U la..Pkir balik sblm ckp..

      • Cuba tanya pengerusi jaksa tu sendiri. Naj**din. dia mungkin denied dia tak terlibat, tapi mustahil dia tak tahu pasal benda ni. sebenarnya ada 3 org yang terlibat hantar surat ke bendahari ni. Kak jual burger ni cuma salah seorang je.

      • oii, jual burger+study jd masalah agama ker? ilmu kau ltak mana? lutut? nk kutuk maki org. gemuk ke ape, makhluk Allah. hebat naa kau nk caci sedara seagama kau? nk mintak kene laknat ke?

    • Xaly, awak tu TOLONG JAGA Aspirasi kiy baik2…majoriti besar diorg tu NO MANNERS!!….Malu tengok perangai anak2 buah awak tu!!..Berfikiran kolot & cakap xserupa bikin!.INSAFLAH ASPIRASI KIY!

      • abes tu ko pkir budak gm ni sumenyer baik la manners dia..skang mmg r tak tunjuk…tunjuk alim..jalan kepit2…time prk sume terdedah perangai korang..hipokrit semata

  4. ada bukti aspirasi terlibat? ada kenyataan dari pihak pentadbiran yg ngatakn bahawa kdai unty sally ditukar krana dia baik dgn dak GM..
    kalo ada, sila bgtaw k..kluar kt statement yg pntg 2..

  5. aku berdoa agar mak cik sally tabah dan agar dilaknat ahli kelab paling malas tahun 2 tu. kurang ajar!!

    • haa… doa laa kehancuran sesama agama kau.. jgn ngn kau2 skali kena.. naya.. suka2 nk doakan org laknat bagai.. kau tu hidup ngn akidah apa.. yg sama agama lain pjuangan ni kau anggap hina, kafir ke smpai nk doakn laknat2 ni… pikir laa.. nama je ustaz.. tatau hujung pangkal nk beta jugak,.. isu lain byk lagy laa nk dprjuangkn..

  6. bodo la budak2 gm ni… wat bom makan puak

  7. baru tanye sorang siswi tahun akhir iaitu nurul, dah percaya sepenuhnya???
    kenapa x disiasat lagi dengan bertanyakan pihak yang bertanggungjawab iaitu pengetua kolej kiy sendiri??
    mungkin cik nurul itu benar dan mungkin juga dia menipu… dan apakah jawatan nurul dalam kolej kiy sehingga dia boleh mengetahui hal ini dengan teperinci? ada siapa2 yg boleh jawab??

    • bukan saja cik nurul je yg tahu. Banyak juga yg dah tahu pasal benda ni. tapi kiotrang kat KIY tak sangka lak masuk nadiukm. bukan nak menuduh, tapi dah kenyataan. Bukan aspirasi pusat tau, aspirasi kiy je yg buat mcm ni.

    • sgt2 stuju..
      Pengetua KIY dan Pengurus Kolej kan ada,,knape xtbya diorg..knape tnya dak thun 4..ntah2 dak 2 sja je..

      • makcik sally da 11 thn berniaga kat KIY, da 4 pengetua bertukar, nape tetibe kene tukar, sedangkan makcik sally sgt2 berjasa pada KIY, majlis berbuka & sahur every year dier support. ingat la, doa org teraniaya akan termakbul. lepas di dunia x bermakna lepas di akhirat.

    • klu ko x puas hati, ko pegi la tanya sendiri sapa2 yg tau. mampus la nadi nak citer statment sorang2. lemak la. klu ko x caya pg la tanya org yg terlibat tu. abis cita.

  8. erm…. apa ni der… takkan rapat ngan dak surau pun dah kene camtu…. politik kampus nye pasal periuk nasi orang lain yang jadi mangsa…ni baru politik kampus dah huru hara, belum sampai stage politik negara… cuba la sebagai generasi terpelajar sebagai warga ukm yang megah ni bertindak seperti yang sepatutnya… cube asingkan dunia politik tu dari kita sebagai student… belum masa lagi korang nak buat sume ni… kekadang bile berhadapan dengan orang luar, bile sebut jew politik kampus… aku jadi malu nak ngaku aku ni budak u sebab perangai kita semua macam budak sekolah……

  9. eh? xaly ni kejap setuju dgn aku, kejap tak setuju. mcm mana ni?

  10. adehh, y mne nk bukti tu,g la tye sndri…
    jdilah org y bsugguh cri kbenrn..sembang lebat j surh2 org..nmpk sgt awk tu ske goyg kaki..
    t da dpt bukti letak cni..kn senang….
    ish2x..

  11. sedih gle sabar ye mak cik sally..saya faham, saya kenal ngn mak cik sally…x berhati perut langsung

  12. ah, xabis2 nk kait kan sume ni dgn politik, sumber n rujukan xpasti lg.. rakam la satu video temuramah mak cik tu.. tp aku rasa cerita yg BABI tu lg best la dari cerita ni..haha…

  13. kaki srau top noh…bgoih org yg mnaikkan golong jmaah srau ni…tp tindakan mmpolitikan jmaah srau sbgai pnyokong kuat pembakang bg parti politik tertentu adalah tindakan yg boleh dianggap bodoh..hal ini menimbulkan fobia pelajar yang ingin mendekati rumah Allah..fikirkan la kesannya…srau itu rumah Allah, rumah Allah untuk smua bukan untuk badan atau sebelah parti politik sja..kurangnya jmaah srau disbbkan politik yg kamu adakan..jawablah kamu nti..

    • btol, mempolitikkan agama ,,dgn dimomokkn akan dibuang kolej jika aktif surau seperti pelajar2 lps satu tindakan yg tidak patut sama sekali~ISU diatas perlu deteliti lg utk kesahihan, jgn hnya dgr dr satu pihak shj,, mngkin perlu ditanya kepada pengadu sndr ~berdoa moge Allah MENUNJUKKAN KEBENARAN tetap satu kbnaran dan Kebatilan ttp Satu kebatilan

  14. Ape yg di utarakan oleh nadi ukm agak rapuh dan fakta hanye melihat sebelah pihak.. Bagi pelajar yang mempunyai akal yang singkat akan terus marah terhadap org yg x bersalah.. Dalam hal mak cik sally ni sy rasa ia adalah masalah yang melibatkan pelajar yang membeli barang daripadanya.. Klu pelajar yang dtg pada makcik sally tidak ada mengadu ketidak puasan hati pada pihak universiti, rasanya perkara ni tidak akan terjadi.. Dalam hal seperti ini sy x nampak salah dari mana2 pihak sama ada GMUKM atau ASPIRASI .. Cuma segelintir pelajar yang kurang data berfikir sahaja yang menunding jari pada orang lain tanpa berfikir dan mencari kebenaran hal ini… X perlu la nk politikkan hal ini, lebih baik tanye pada pihak yang lebih arif daripada kita menimbulkan spekulasi dan berbalah ..

  15. jgn nk men tuduh2 je. sblum tulis tu pkir la dulu. klo stkat nk tduh2, bek x pyah masuk U. mgkin ade rmai pembeli yg x puas ati ngan harga. pembeli bkn sorg 2 je. ble ade yg x puas ati ngan harga, mmg la kne amik tindakan. cbe pkir2kn, ade sbb yg kukuh knape jd cmtu. lg stu, jgnlah cpat sgt pcya ape yg ditulis oleh nadi ni. cbe dptkn pnjelasan dulu. ni x, tanye pun x, men tulis je. korg pikir korg je betul. igt, kite ni mahasiswa. buat cara mahasiswa.

  16. bodo la ASPIRASI ni….dia igt kolej KIY tu dia punye kot. suke2 je nak kacau periuk nasik org disbbkan dia tu ada hubungan dgn GM. Klu betul x puas hati ngan GM, pegi la jumpa GM. buat pa pegi kacau periuk nasi org plakk. Bengong betul puak2 Aspirasi ni. Geram betul

    • yg kau ni ttbe nk lagakan dua pihak islam ni jadah apa. dh tatau isu sbnar, jgn laa nk jd anjing dua muka. kalau xtau isu, baik diam. jgn nk laga2kn,.

  17. assalamualaikum… nampak sangat artikel diatas ini tak benar,, menulis berdasarkan satu pihak, dan tiada bukti kukuh untuk dijadikan berita, kalau betul korunk nak siasat apa salahnya kalau korunk tanye sendiri pihak atasan., jgn sampai taksub nak memerintah taksub nak PRK buat cerita cam ni berbagai lagi.. apa kata korunk buat sesuatu yang membangunkan universiti lagi baik..ni buat cerita2 menfitnah macam ni.. yang akan mengusutkan budak2 first year dan mahasiswa2 universiti, dan seterusnya akan menganggap pihak2 atasan kat universiti atau kolej-kolej kediaman tak bertanggungjawab lah apa lah,,sesiapa yang baca diatas,fikirlah kesahihan cerita ni, benar atau tidak…. renung-renungkanlah….

  18. al-fitnatu asyaddu minal qat.

  19. hai aspirasi2…apela nk jd ngn korg ni….
    egtla Allah ckt…ish2x,,,,

  20. salahkah seorang insan menghulurkan sumbangan nya kepada surau utk keharmonian surau.
    sedarkah anda ganjaran pahala yang diperolehinya? sedarkah anda kebenaranya? kenapa niat baik dia di salah tafsir? bukankah sumbangannya kepada surau untuk pahala/amalan untuk dibawa ke akhirat??? sedarlah jawatan,pangkat darjat harta tidak boleh dibawa ke liang lahad, dan akhirat… amalan antaranya setia bersama kita di akhirat kelak. janganlah kita menghalang orang berbuat baik, berbakti kepada rumah Allah, sedarlah wahai sahabat2ku, fikirlah dengan kewarasan akal yang tuhan cipta. masyarakat dahulu sumbang harta kekayaan, tanah(bagi yg kaya) utk bina masjid. yang xberharta pon turut sumbang,, iaitu sumbangan dari segi tenaga medirikan masjid.. semua ni utk mendapatkan keredaan drp Allah, jgn kita betindak disebabkan pengaruh mana2 pihak, tapi bertindaklah anda menggunakan akal,, jangan sia2kan akal yang diberi.. mohon renung-renungkan. saya neutral

  21. penyokong mak cik sally: bila masa plak Aspirasi kacau periuk nasik mak cik sally.. budak2 Aspirasi pn rapat ngan mak cik sally tok sah fitnah2 la.. klu xpuas hati meh dtg bilik aku.. ko pn duk kiy gak kn.. ada bran ke?

    • anti kezaliman,anti-politik. member budak jual buger, xaly, penyokong makcik sally, kawan on kawan dan yang len2….xpayah la ampa smua nk bertekak…ckap kosong jela kt sini pn…sya sedih juga dengn nasib mcik sally..tp sya redho..klau btul apa yang berlaku kt mcik 2 berdasrkan saluran dan alasan yang btul, yang mana penarikan tender itu berpandukan pro dan kontra, sya menerimanya…sekiranya tindakan yang diambil itu adalah sebab biased atau menyebelahi golongn tertentu..agak sukar untuk diterima…xpayah la kita nk bertekak lg…sya tgk ada yang dh smpai nk gduh..kalu bnda2 mcm ni pn nk gduh mcm na kita nk bimbing atau bantu kebajikan mhasiswa ukm ni…ckap sahaja xckup…tindakan juga perlu disusuli dengan percakapan kita…ukhwahfillah…insyaAllah…

  22. mmg la aspirasi yg buat. mustahil budak GM yg buat. diorg mana ada stand nak buat camtu sbb budak aspirasi suma dah bolot jaksa (gile jawatan), felo pun majoriti mantan aspirasi gak. pengetua pun geng2 aspirasi jgk. tu pasal bile prk je mula nak ugut2 student utk buang kolej…apadaaa aspirasi ni. yg tu pun x leh nak pikir

    • bangang pulak kau ni. kau tgk sket barisan jaksa tu. smua aspirasi ker? felo2 kiy kau kenal ke semua? kau tau ke side dorg mana. bila masa ada ugutan. kalau xsuka blah, tu jer.

      • lorrhhh…x nak ngaku lagi, tgk la sesi lepas, brapa juta budak GM dan budak surau yg ko buang. pastu ckp diorg x akitf kolej, padahal ada ja budak yg x penah dtg aktiviti kolej, tetiba dapat stay…ngaku je la. ko x yah nak tipu aku laa. budak2 aspirasi ni, ble dah tekena batang hidung, buat2 x ngaku plak.

      • dh tuu, kau xtgk pulak bejuta lgy yg still diberi peluang ntk stay.tu hal pntdbiran, xps hati yg dok mnyalak kt sini pe kes. yg diangkat jd pmimpin jaksa lakk bpe ramai? smua aspirasi kah? pikir laa pakai otak. renung ngn iman. jgn lihat pakai lutut. tu laa jdi ny. smua bnde xpuas hati, baik g buat kolej sndiri.

      • weh ko ni…asal dkt prk je suka la wat fitnah an,…sape dak GM kna buang? sape dak SUrau ktorg buang..
        sdap2 mulut je an…FYI kami aspirasi xde kaitan nk buang or stay kn dak2 kt kolej..kami juz bantu JAKSA dalam melaksanakan pgrm kebajikan dan pgrm kolej..kalo kami mmg terlibat dlm pembuangan, da lma aku kasi bersih KIY dpd manusia yg xbesyukur cm ko nie..

  23. korang sume mmg telah diperbodohkan oleh Nadiukm, nadiukm saje panaskan cite dgn begitu dramatik spy ramai baca n view blog dia.pandai betul nadiukm wat publisiti.kahkahkah

  24. dengan kaki surau pun takut ke?bukan kaki pukul pun.apa2 siasat dulu k , if dah siasat terbukti bawak pada mahkamah mahasiswa.ada ke?hehe.

    go makcik sally.kesian pulak nak biaya anak.suami entah ada atau tidak.sama2 pk inisiatif tuk bantu dia.

  25. takut ke? men crita dalam ni je? felo2 aspirasi wtf la.. hahahaha bdk2 aspirasi ni la yg paling sibuk pangkah felo.. takut ke der? atau ko nk bincang kat cafe je.. kedai mak cik sally pn jadik

  26. X SABAR NK BLAH DARI KIY……………………
    hahahahahahhaahahaha……………..

  27. adoiyaiii..aku mnta bkti sbb aku taw la bnd 2 cmne..aku baik dgn JAKSA n ASPIRASI..unty Sally mmg baik..aku suka gak bli brg2 kt dia..tp yg aku nk, bnd ni jgn men tuduh sblh pihak..kalo bley biar la ada penyataan dpd pengurus or pengetua sndri..bru la bnd ni jd sahih..kalo x, bnd ni jd fitnah,,berfikir scara baik..bkan menuduh sblh pihak saja.

  28. makcik sally,akan ku rindui keropok lekormu dan goreng pisangmu…rasanya xde sape pon salah sbb maybe pengetua yg nk abeskan tender makcik 2..mungkin pengetua ada perancangan laen yg lebih baek utk kolej..so biar je la..makcik sally leh cri tender laen..bnyak je..tggal usaha je..standard r bisnes…tender ttp tender…tgokla kafe kiy skunk..da makin mntap..so,same2 la kita pkir..mungkin 7E nk bukak kt kiy..

  29. dah, x yah nak bising2 kat sini. klu ko x puas ati, ape kate, ko pegi tanya sendiri dgn pengetua dan pengurus tu, dah dapat jwpan letak kat sini…senang. satel masalah.

    • hahaha.. oii, sapa yg bising mnyalak cm lmbu dicucuk idong ni haa.. tau pn takot nk tny pntdbiran.. kata nk mncari kebenaran.. org yg kau tuduh ni pulakk kau nk suh tegakkn kebenaran?? haaa.. knapa tidak batang idong kau sndiri g ngadap pengetua tu..

  30. hahaha..skrg nie…kalo bnd 2 bkn fitnah..nadi jgn nk post2 bkn2…skrg nie spttnya, smua perkara ckp kluar dgn bukti…kalo aku ckp dak GM wat hal..tp aku xckp pown bukti dia ape..msti sumer dak2 Gm marah kn..mcm 2 la..aku marah bkn sbb Aspirasi or Jaksa..
    aku mrah sbb dak brukkan nma KIY..KIY wat ape2 mst da sbb,..knape wak2 tender cafe tkar, xmsuk lak nadi?

  31. ahh, ko x payah nak bising, pegi tanya pengetua dan pengurus kolej lu, pastu letak kat sini. melalak x tentu pasal pehal, pegi2 cepat.

    pastu baru bleh sembang balik

    • ah…ko lak yg nk melenting knape?
      da xtaw nk cover cmne ke? ke da kantoi cuba nk burukkan nma org len dgn fitnah>

      • dah laa xaly, ckp ngn tunggul pn lg baik, dr ckp ngn org yg otak kt lutut ni.. xsuka sudah,, sila laa angkat kaki.. nk heboh jadah, xpulak bela nasib uncle sem mse tukar tender ritu.. xpulak bela nasib student yg kene serang beruk hari2.. hahahahaa.. lawak siall..

    • lu suruh org.. lu apa bikin?? kang org ltak bukti lu kata tipu.. akai ada ka..

    • kau ni budak jati KIY ke? kalau ko syngkn makcik Sally why not kau je yg tanya pengetua n then baru gebang kat orang…aku tgk ko je yg ckp kosong dr post atas td

  32. kang tny, ko ckp tipu.. bg bukti, ko ckp fitnah.. jadah kau la.. npe? tkot ke nk ngadap pntdbiran? hahaa.. sembang kosong baik xpayah der.. ckp org lu apa bikin?? buat taik mata??

  33. aspirasi GELABAH….!!!!da r weyy TERANG LAGI BERSULUH KOT….!!!
    ak pon da naek FEDUP ngn korg….!!!!

  34. laa td cakap nak cari bukti. dah ko yg melalak nak mintak bukti, pegi la cari sendiri. sibuk plak suro org laen cari.

    dah2 pg cari nu, pas tu letak sini. senang org lain nak baca.

  35. kelakar la aku baca komen2 korang nie. ALL TALK ONLY, DO NOTHING. hahahaha. masuk raja lawak la weiiii

  36. haha,,,ksian aku dgn ko ni…kalo aku ni pmbunuh, ko nk bwk aku ke muka pengadilan..ko kna cri bukti tuk ckp aku slh kn..? ke ko mmg suka ckp je dpd wat?
    2 sbb aku suh nadi yg cari bukti, tnjukkan yg statement dia nie btol..pas2 ko lak menggelabah lebih..ape kes/

  37. skrang nie, sapa yg nak bukti, ko ke aku. klu ko nak bukti cari sendiri la weiii. payah sgt nape. ko yg takut lebey. sembang lebattttttttt

    • sape takot..jom jmp la..
      xyah ckp byk..skunk ni bkn aku je nk bukti..sumer org nk taw cter ni btol ke x..
      org yg xnk taw psal bukti ni la mean dia mmg xpnah amik taw..
      dia taw nk tduh je..dasar pengecut.

  38. dahla tu anak2 jgn gadoh2 mak cik nk pindah dah pun~ xda sapa pun dalang jgn fitnah2 mak cik nk buka supermarket dah

  39. toksah la gado2 anak2 xde sape pun dalang dalam kes ni~ mak cik nk kuar sbb mak cik wat supermarket dah~

  40. fuiiihhh..stail r beb..nadi UKM pandai2 wat fitnah…pastu bdak2 Gm dya pon pakat2 sokong….orang cari pendapatan sendiri..jual burger pon dya kutuk..pastu kata malas..??..spa yg malas sbenarnya oii…

  41. ha…nie lagi satu hal ngn budak2 sini..dapt ja crita hot..trus percaya bulat2..pastu pakat kutuk la side tu…dapat dosa jap kan..sebab puas kutuk…betol ka aspirasi yg buat report..@ memang tempoh perniagaan dah cukup…setiap benda kat UKM nie ada tempoh khidmat la wey…cafe pon kena tukar…felo pon kena tukar..

  42. penyokong mak cik sabar2 toksah duk sembang~ tolong mak cik kemas barang pn x dok sebok nk sembang~ sape nk tolong mak cik bukak supermarket nie?

  43. bagi pihak nadiUkm, kalo boleh, semua berita yang disiarkan mstilah disertakan dengan bukti yang sah…
    supaya budak2 gm dan budak2 aspirasi xbergaduh n xmenuduh satu sama yg laen…
    kalian yg di atas nie, kalau hendak komen pon, tolong la komen yang berlandaskan pemikiran.. jgn komen sekadar untuk bergaduh n mengutuk…
    perbuatan kalian nie xmencerminkan sifat mahasiswa yang sejati tau x?

  44. insyaAllah, kebenaran pasti akan muncul. bila keluar bukti, aku nk barua2 bagai yg cakap lebat dtg mintak maaf. tnggu………….

  45. oi penyokong mak cik sally ko duduk blok k15A kn?

    • la nape bengangke??? Berbanyak2 bersabar..ubah2lah sikap Aspirasi Kiy yg panas baran tu…suka mengugut orang, berlagak lebih & cari gaduh je sepanjang masa!!..Insaflah!

  46. ahhh…kau kesah pe aku duk mane, lalalalala…..

  47. aku dpt brita yg bnd ni terjadi bkn sbb da sape2 report..tp b`dsarkn kaji selidik yg diwat kepada plajar2 kiy sndri..mgkn hasil dpd kajian 2 yg wat kn kdai di tutup..xpown sbb tender da nk abes..hmmm aku xrsa da pihak yg slh..sama2 la kta tgu kptsn sbnr

  48. hahahhaa takut ke der.. dah dpt dah ko sape

  49. kbnrn dan bukti sudah ada…
    apa ko nk ckp lg penyokong makcik sally..sgala dedahan dan finah yg dikeluarkan akn mkn diri korg sndri..pendedahan akn dilakukan..aku tgu fitnah apa lg yg akn korg kluarkan tuk jtuhkan aspirasi slps nie..

  50. mana buktinye…aku x nampak pun. mana laporan kaji selidik, bagi aku tgk. klu setakat cakap atas angin, budak tadika pun boleh buat. mungkin2 tu bukan bukti. tu andaian. ape la bengap sangat budak2 aspirasi niee

  51. ko tunggu je la..aku takot ko xmampu bersuara je nnt..

  52. kang dedah nnt mak cik sally tu malu sekali pulak

    • ni lagi seorang ahli aspirasi yang panas baran.. Aspirasi kiy xajar korang bersikap sabar ke?..sabar2..awak tu maha lemah, ingat pada tuhan..Jom sembahyang taubat kat surau.

  53. panass lakk mata ni baca komen lahanat barua GM ni. cakap ikut punggung ker, gaya cm ilmu pnuh slaut, tp haram jadah. tnggu laa.. aku nk tgk sapa dtg blutut. dh xde isu lagy ker? tu haa, paling aku nk jumpa pres kau tu sapa yg cm apek tu? hafiz? haaa.. ckp sedap mulut. tgk laa nnt..

  54. kecohlah aspirasi kiy ni..berlagak je lebih doh! cakap banyak, keje xbuat. selama ni apa korang dah buat kat kiy?? haram xnampak benda baik yang korang buat kat kiy! semua benda2 yg haram & xbaik je yg korang tunjukkan. Ini yg korang nak budak2 lain sokong..sedar dirilah weii..cermin diri sendiri, muhasabah diri tu, apa yg korang dah sumbangkan kat kiy tu…setahu aku korang hanya buat huru-hara, buat masalah & paling penting buat stdnt kiy menyampah & meluat da tengok aspirasi kiy tu…INSAFLAH ASPIRASI KIY!!!!!!!..kembali ke jalan yg benar..jangan buta dengan perjuangan yang korang sendiri pun xfaham apa yg korang perjuangkan!!

    • ko yg xpnah trun ape2 xtvt so jgn nk slh kn org len..stiap xtvt JAKSA..yg support yg pelaksana sumer ASPIRASI. Sukem kalo x dak ASPIRASI yg msuk smua game, ko igt KIY da wakil? pgrm 1 Malaysia..gabungan sape yg wat?ASPIRASI, kelab mandarin dan Himalayan..ko taw ke x pgrm 2? pgrm berbuka dan sahur dlu., sape yg wat? ASPIRASI gak..cuma korg yg berlagak..asal pgrm ASPIRASI lgs xnk trn..then ckp ktorg xwat keje..Jangan cba nk malukan diri sndri kalo xtaw ape2..

      • Program 1 Malaysia? Hmm.. benar, aspirasi terlibat. tetapi jaga makanan sahaja. pastu, bagi budak melayu je yg makan. WALHAL, yang buat SEMUA yg lain ialah Kelab Mandarin KIY. Bukan Aspirasi. (bukan semua la) Sampai saya yang ahli AJK kelab mandarin dan Program 1 MAlaysia dulu pun tak dibenarkan memakan makanan di kafe yang sepatutnya DISEDIAKAN untuk ahli AJK. Apa Sudah jadi?

      • biasa la tu. ni suma keja budak2 tsb. diorng kan perjuangkan kaum melayu, mana nak layan kaum cina, india. bg diorg, lantak la cina, india ni.

      • lagi..lagi…apa lagi???

  55. KIY kubu kuat ASPIRASI tu memang betul. Cuma isu ni belum tahu siapa buat. Tunggu kebenaran je keluar nanti. Kalau tak de sape pun bersalah, lambat laun mak cik sally kena keluar jugak bila tender dah habis. Mungkin tender dia dah habis. Kontrak x leh sambung lagi. so apa boleh buat?

  56. kuang2..mmglah kiy tu kubu kuat aspirasi sbb kononnya bdk2 GM diorg da buang ke Zaba. Saya yg rajin menunaikan ibadat berjemaah kat surau dgn niat suci nak dpt pahala yg lebih banyak lak dianggap sbgi ahli GM & jadi mangsa dibuang ke Zaba (saya xterlibat dgn politik kampus yg bagi saya WASTE sebab Melayu Vs Melayu= org Melyu musnah). Tapi xpelah, akhirnya pengurus kolej org kuat aspirasi kiy pun dah bersama-sama saya dibuang ke Zaba..dia pun sokong GM ke? so, aspirasi kiy..Insaflah!

    • saya no komenlah pasal kena buang tu. jika benar semua orang yang kuat ke surau dibuang, maka perbuatan ASPIRASI ni dah melampau. ASPIRASI kalau nak nafikan perkara ni, sila tunjukkan pelajar yang sering ke surau tapi tak dibuang kolej.

      jangan sebab niat baik nak mendekatkan diri kepada agama, diri kita menjadi mangsa politik sampah macam ni.

      • ahaha..sape yg kna buang sbb dia GM n dak surau?? ko gtaw sket/..Abg Din (ex Jaksa Kerohanian) xdibuang pown..Maliki Xpnah kna buang pown even dia ke surau..Zaidi pown xpnah kna buang…Fariz n Khalid dak srau gak dlu..tp xpnah pown diugut buang..ckp jgn smpi mkn dri sndri k..

  57. salam alaik..
    ada saudara,
    saya sendiri.. saya join SUKEM, futsal.. saya join debat wakil KIY..
    tp kene buang.. kalau guna alasan saya tak aktif mmg tipu la.. ada ja yang xjoin ape2 bleh stay..

    lagi.. nak saya sebut kawan2 yang dibuang ke..?

    boleh je.. mastura, sakinah.. smua kene buang sbb jd agen calon GM..

    pastu ada sorg lg,, hakimah.. ramai rupanya mslimat2 yg ditindas ni..

  58. mana satu yang betul ni aku pun tak tahu~ masing2 nak betul. hanya ALLAH yang tahu~

  59. anda dah jmp dgn pihak pgrsan? da bertanya dgn mereka yg sptutnya? tuk makluman pihak pgrsn pown pnah wat kslpn..nma JAKSA sndri tiada dlm kolej..tp bila wat semakan, mreka akui kslsh,..jd jgn anggap ASPIRASI ni suka tindas org..cuba guna saluran yg spttnya..kalo kami ASPIRASI diberi plihan tuk buang sape2, da bersih KIY dari dak2 yg hnya taw merungut tnpa nk wat tndakan..FIY gak, kes mkcik Sally ni, kami da jmp org spttnya..rundingan tgh dijalankan..dpd anda sumer dok bising2..bek verdoa agar rundingan ni dpt slmtkan mkcik Sally..ASPIRASI sentiasa amik taw hal kebajikan, tp kami gna saluran yg btol tuk perbaiki sglanya..bkan dok kutuk2 n politikkan isu2.

  60. ala ngaku je la yg tu hobi korang…dah dapat kuasai jaksa…tiap2 prk, x penah lepas 2 benda nie.
    1) ugut budak 1st year buang kolej
    2) buang budak GM dari kolej

    • apa kata korg ngaku yg ni dlu.
      asal prk je
      1) wat fitnah
      2) kacau org len (especially dak ASPIRASI)
      3) wat demosntrasi
      4) naik mtor rmi2 wat kecoh
      5) guna saluran luar tuk dpt dana

  61. apa kata korg guna nama sebenar.

  62. aku rasa la, GM ngn ASPIRASI kena kumpul ramai2, lawan gaduh baru best, xleh dah nk bncng2 cmni.. aku tgk yg pompuan GM pun leh thn juga walau tudung labuh cikit pun.. apa cam ada beran.. xyah la nk intelek2 ni.. korg sume pun blaja x tara mana pun , buat keja lain ja ug lebih.. tmbh2 bdk aspirasi sibuk mcm dia yg tadbir kolej.. dak gm lak keja nk bngkang n politik.. tp bdk aspirasi sosial mcm “binatang”, sosial GM nmpk mcm baik la tp blakg xtaw la.. hoho..

  63. astaghfirullahazim…aku xfhm hampa2 ni semua.. aku doakn makcik sally akn tbh hadapi dugaan ni n aku doakan semoga org2 yg wat hanya BERTUNJANGKAN KEMENANGAN POLITIK akan insaf n mintak maaf kt makcik ni… korang menzalimi org lain.. ALLAH maha adil…aku malu bce komen hampa2 semua.. kalu hampa org islam.. ape pndgan org bukan Islam terhadp islam.???? tolongla.. astghfirullahalazim…

  64. apa-apa pun marilah kita meramaikan jaamah surau kita,, jangan lah dijadikan tempat singgahan untuk ketandas sahaja ya,, siapa pun yang menghalangnya dan apapun matlamatnya janganlah umat islam kita sendiri yang satu akidah menjadi taruhannya,,,

  65. to all yg komen di ats…kes mak cik sally nie x melibatkan aspirasi,bdk surau,jaksa or pihak pentadbiran kolej..dan bg nadi ukm sebelum nak ngeposkan benda yg mcm nie baik korang cari hujung pangkal perkara nie terjadi..kalo korang nak th sgt korang pie tanya la bendahari,sebab surat 2 datang dari bendahari bukan dari kolej kiy…berfikir la sebelum bertindak..jgn kerna benda yg mcm nie buat kita bergaduh sesama bangsa..wasalam

  66. ape yg sy tahu. Makcik Sally diusir kerana tidak mamatuhi arahan kolej untuk menurunkn HARGA stlh bertahun2 disitu.

    barang2 yg makcik sally jual sgt lah MAHAL..mengalahkan 7E. cth: saya beli kicap cap kipas udang 330ml dengan harga RM 4++. apabila sy buka sticker harga makcik sally tu, harga runcit yg tertera adlh rm2.80.

    lg satu, siapa biasa mkn snek ROCKEY??
    plg murh sy bli RM 1.70. 7E jual RM 2.
    makcik sally jual RM 2.50.

    so..fikir2 lah. mesti ade sbb kenapa die diusir. die sdiri thu kan kwsn tu student ramai..tp harga die cekik darah mengalahkn pengusaha runcit luar.
    student yg xde transport..TERDESAK TERPAKSA membeli disitu. itu lah ‘bijak’ nya makcik sally.
    jd…fikir2 kn.

  67. ko nk buktikan,.da ktorg cari http://aspirasi-ukm.blogspot.com/2011/02/bukan-salah-kami.html..buka dan bca..aku nk dgr pe komen pihak sna..aspirasi xwat keje erk..oke fine..kalo ko wat kje, ape yg korg da wat..xde satu pown..isu 1 Malaysia, dak aspirasi xwat ke?ko da tgk ke?aku sndri pgg jwtn..aku taw ape keje ktorg wat dgn kelab mandarin..aku sndri yg berhubung dgn Presiden kelab mandarin..Sambutan hari raya, aku yg jmput dak mandarin n himalayan..apa lg korg nk kata..aspirasi sentiasa ada dlm keje2 kt kiy nie..cma ktorg bkn gla publisiti..

  68. apela korg kecoh sgt tu..biarla mungkin da xda rezeki mak cik kat sini..mmg kesian tp mungkin die akn dpt yg lebih baik di luar sn..dah toksah dok gelabah..benda ni klu da salah tafsir benda yg benar pon blh jadi salah..mmg kesian acik sally tp korg positif jela..Allah sentiasa memberikan yang terbaik utk hambanya..dan kpd semua org/pembaca, klu nk tau p la pengurusan kolej dan p interview mereka utk dptkan informasi yg sebenar okeh..

Leave a reply to penyokong makcik sally Cancel reply