Risalah Al-Bayan Muncul Kembali

Bangi, 22 Jan – Aspirasi yang merupakan salah satu front politik kampus di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini mula menerbit kembali risalah Al-Bayan setelah sekian lama menyepi. Risalah Al-bayan  merupakan lidah rasmi bagi Aspirasi dan mula disebarkan semalam.

Risalah ini kelihatan ditabur secara meluas di kawasan-kawasan utama UKM terutamanya di block-block kolej kediaman. Ini merupakan sebaran yang pertamanya bagi semester ini.

Di sini, NadiUKM memaparkan gambar risalah tersebut.

 

Risalah Al-Bayan kali ini dilihat lebih bersifat berita dan mengkhabarkan berkaitan aktiviti serta isu-isu yang diselesaikan oleh pihak MPP ASPIRASI baru-baru ini.

“ASPIRASI kini bukan lagi seperti dahulu, kini ASPIRASI sudah bergerak aktif dalam menangani masalah mahasiswa. Mana sama dengan GMUKM yang hanya berdemo saja. Lihat, Risalah Al-Bayan pun mendapat kelulusan PMUKM (sambil menunding kearah cop PMUKM), mana boleh disamakan risalah ini dengan risalah-risalah haram GMUKM itu,” ujar Hariz mahasiswa tahun 2, penyokong Aspirasi.

Sebelum ini, timbul isu penggunaan logo PMUKM secara haram apabila MPP Gabungan Mahasiswa (GMUKM) dituduh menggunakan logo PMUKM untuk membuat kajian soal selidik (survey) berkenaan penerimaan politik kampus dalam UKM. – NadiUKM

Advertisements

5 Responses

  1. mpp gmukm bukan pmukm ke? x paham la wei

  2. oooo…bile GM guna dia kata salahguna logo, tp bila dia guna utk aspirasi bleh plak…bengong punya aspirasi. Main double standard plak. camni la pimpinan aspirasi.

  3. dlm pmukm ad gmukn,klu xclap lst year 14 kerusi gm yang pegang n the rest aspirasi y dpt..

  4. eh cop pmukm tu setrf dgn cop jppel k?? klu cmtu ak pon nk wt rslh gk r,pstu mnx cop pmukm,pastu edarrr…hahaahahaa

  5. oh risalah semalam aku nampak.bersepah kat jalan raya selamat pakcik2 keselamatan bantu kutip n buang.tq pakcik sama2 jaga kebersihan kampus.

    ke arah kampus sejahtera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: