Kerusi MPP Untuk PascaSiswazah Dibuka

Bangi, 22 Jan – Mahasiswa Pascasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)kali ini dibenarkan untuk bertanding dalam pilihanraya kampus (PRK) yang akan datang . Ini berlaku berikutan pertambahan mahasiswa dari kalangan Master dan PHD sejak beberapa tahun lalu.

Sejak  UKM dikenali sebagai Universiti Penyelidikan, (Research Universiti, RU) pada tahun 2007, pengambilan untuk mahasiswa prasiswazah dari tahun ke tahun mula dikurangkan. Manakala, pengambilan untuk mahasiswa pascasiswazah dilihat semakin meningkat demi memperbanyakkan penyelidikan dalam UKM.

Menurut maklumat yang diterima oleh NadiUKM, mahasiswa pascasiswazah akan ditawarkan beberapa kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) berdasarkan jumlah mereka di setiap fakluti. Tambahan, mahasiswa pascasiswazah yang ingin bertanding  juga wajib  untuk mengikuti kursus Kepimpinan Bakal Calon yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)

Seorang staff dari pentadbiran ketika ditemui wartawan NadiUKM untuk penjelasan lanjut berkata,  kali ini, student master & PHD akan bertanding sekali bersama-sama dengan mahasiswa prasiswazah. Namun begitu, taburan kerusi bagi pascasiswazah masih lagi belum diputuskan  dan akan diberitahu di kursus kepimpinan nanti.

“JPPel masih belum confimkan lagi berapa banyak kerusi yang akan dipertandingkan dalam PRK yang akan datang. Boleh jadi, untuk kali ini, kerusi prasiswazah akan dikurangkan oleh kerana jumlah mahasiswa prasiswazah yang semakin berkurang.” –tambah beliau

Katanya lagi, untuk mahasiswa pascasiswazah, syarat kelayakannya sedikit berbeza daripada prasiswazah dimana mereka yang mengambil coursework haruslah memperoleh 3(tiga) pointer ke atas manakalan mana-mana mahasiswa yang membuat kajian (research) , mereka hendaklah mendapatkan kelulusan daripada penyelia untuk bertanding pada PRK yang akan datang.

Dengan kemasukan mahasiswa pascasiswazah ini menambahkan lagi kehangatan PRK yang akan datang.  Ini membuatkan pertempuran antara pihak ASPIRASI dan pihak Gabungan Mahasiswa (GMUKM) bertambah sengit. Mungkinkah pengajar-pengajar tutor dan felo-felo kolej turut bertanding? Mana satukah front politik yang mereka akan sertai? Nantikan pendedahan PRK akan datang. – NadiUKM

Advertisements

4 Responses

  1. cool.

  2. woooo.

  3. tu diah… kita tengok sapa yang kena…

  4. harap2 ada wakil dari pelajar sarjana dan ph.d yang matang dalam berfikir dan bertindak.x sabar nak tunggu [ilihanraya kali ini pasti meriah dan menarik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: