Mesej : Yuran Khas Kolej Membebankan

Bangi, 24 Jan – NadiUKM menerima mesej dari seorang mahasiswa tahun 3 yang mahu identitinya dirahsiakan menerusi laman Facebook berkenaan yuran khas kolej.

“Saya sebagai pelajar tahun 3 kesal dgn pihak PMUKM yg seolah-olah tidak menunjukkan reaksi berkaitan isu yuran khas terbabit kerana saya sendiri telah berdialog dengan pihak PMUKM ketika mereka membuat ramah mesra pelajar tahun 1. Namun saya datang pada majlis tersebut kerana itu saja peluang bagi saya menyuarakan pendapat. Apa yg menjadi persoalan, PMUKM hanya berjumpa dengan pelajar tahun 1 bukan dengan smua pelajar.”

“Berkaitan masalah yuran terbabit, pihak PMUKM sndiri tidak dapat menjawab soalan tentang penambahan yuran khas tatkala potongan yuran keseluruhan selepas ptptn masuk.

“Maksud saya di sini, selepas masuknya PTPTN, maka yurn pengajian dan penginapan kolej akan dilangsaikan sekaligus tetapi yang memusykilkan saya adalah selepas beberapa bulan kemudian akan berlaku penambhan yuran dikenali sbg yuran khas kolej. Itu yg menjadi persoalan.”

“Sudah beberapa semester berlaku demikian, saya sebagai warga KAB merasa keadaan terbabit dan begitu juga dengan rakan-rakan di kolej lain.”

Tambahnya lagi, “Jika benar yuran khas terbabit tergolong dalam kategori yuran, mengapa tidak dipotong sekaligus semasa PTPTN masuk, tapi bertambah lagi kemudiannya. Ini menyebabkan pelajar tidak mampu membayar terutama pelajar sabah sarawak yang membeli tiket flight, begitu juga pelajar-pelajar mempunyai masalah kewangan yg lain. Jika yuran pengajian dibuat secara pakej mengapa tidak yuran penginapan.”-NadiUKM

Advertisements

27 Responses

  1. susah nak cakap. ramai yang terbeban. nanti dihentam pula oleh golongan yang dah bayar habis yuran. pasti mereka menghentam dengan berkata ‘yuran khas kolej tu utk korg gak. tak suka boleh berambus duduk luar la’

  2. kepala hotak kau. ko boleh la bapak ko jutawan, org laen x mcm ko. senang2 ja nak bagi duit kat diorng, pastu buat benda tah pape…blah laaaaaaaaaaaa

  3. wat apa nak susah,mintak la zakat kalo rasa terbeban dan jgn la asyik nak berbelanje lbh dari kemampuan..

  4. draker..ko piker sng ke mintak zakat

  5. easier said than done. draker ni termasuk dalam golongan yang dah habis bayar hutang la tu. fikir keadaan die je. pas tu nak hentam kate org yg x cukup duit byr yuran ni boros la, belanja melebihi kemampuan la. x pernah nak merasa sikit pun kesusahan org lain. org yg pemegang ptptn ni org yg paling miskin tau x? yuran da ribu2. yang tinggal bukannya cukup nak tampung satu sem. beli buku lagi. dan2 tambah lagi yuran KHAS KOLEJ. kalau kau pemegang JPA, sila tutup mulut kau.

  6. draker tu bdk tsb kiy.. semua bdk2 tsb cam ko ye?? xda rasa nk tolong org dlm kesusahan/kesempitan/terseksa dgn sistem yg menindas???
    pelik la ko ni. xsedar hak sendiri!

    • dia dah habis bayar yuran. dia anak org kaya. lahir atas tilam sutera bertatahkan intan. peduli ape die dengan orang yang terbeban ni?

  7. apa yuran khas? aktiviti kolej ke?

  8. Salam, betul tu..

    Saya juga antara yang terlibat dengan musibah tersebut. Sudahlah PTPTN hanya dapat pinjaman separuh, lepas tu tiba2 ada yuran khas dari kolej Amin pula. bukan sikit tapi hampir 200 yg bg sy sudah cukup untuk belanja makan sebulan. Belum masuk lagi duit untuk projek tahun akhir, tesis, persatuan n so on..
    Kolej lain xda, tap di Amin tetiba je ada,itu yg tambahkan lagi musykil.

  9. nmpk nya ada org panas dgn cadangan aku eek.
    berfikir la sebelum korang berkata…
    cr asal usul aku lu sblm nak menuduh aku nie sapa..
    lg satu kolej korang ada pmukm kan gunakn diorang utk setle kan hal nie..
    lg satu yg hal zakat 2 kalo korang btl2 dah tidak berkemampuan try la aply n pointer yg korang dapat 2 biar la ok sikit..kalo setakat 2.5 memang la pyh sikit..
    yg pasal yuran khas 2 dia ada dua kemungkinan sama ada dr pihak pentadbiran kolej atau dr pusat perumahan..
    lg satu korang th x yg ukm skarang nie pun x mampu menangung perbelajaan mungkin sebab 2 kot..sekian..

  10. pasal yuran khas ni,, sepatutnya pihak yg bertanggungjawab lebih kehadapan dalam menangani isu2 yang sebegini,, pastinya hal yang berkaitan duit akan dipersoalkan,, untuk ap dan mengapa. supaya pelajar kampus tidak tertanya2.. sebenarnya isu2 ini adalah isu yang sering ditimbulkan, jadi memag perlu untuk diketengahkan dan diperjelaskan kenapa. dan pihak yg bertanggungjawab perlu sensatif akan isu ini.

  11. yuran khas tu gune nye untuk potong bekalan air tiap2 hari…. ingat ade org nak keje free kew…. dengan yuran tu la kite dapat menikmati bau busuk tak mandi 3 hari….

  12. pelik btol..ape fungsi pmukm tersebut..jike soalan kebajikan pelajar pon ttak boleh nak jawab??

    • DRAKER: ko ckp senang la bro…ko fikir UKM Ni semua pelajar semenanjung ke?…

      ko fikir plak pelajar sabah sarawak….member aku terpaksa mintak rm200 sebulan dari keluarga sbb nak tanggung belnja kat UKM ni…mustahil la kalo pelajar sabah sarawak g kat UKM ni dieorg x enjoy…lain la mcm ko draker SKEMA dudok bilik je.

      yg aku kesian pelajar sabah sarawak sbb dieorg kne bli tiket flight..ko fikir tiket flight ni harga rm50? pergi balik je rm500 bro…lepas tu dieorg ni kne pulak save duit dalam rm500 in case dieorg ni kena tinggal flight n pastu blh beli tiket flight…dhla ada pelajar sabah sarawak yg aku kenal mak ayah kerja tukang kebun n gaji x sampai rm600 sebulan…pastu duit ptptn bantu mak ayah n simpan dalam saham sikit…ko ckp fikir dulu..jgn ckp ikut hati n semberono…HOLISTIK la bro..sekian

      • betul cakap ayam kAb.Bukan semua org senang , dan masing2 ada komitmen kewangan masing2.
        bukan kita mahu pertikai tentang wang cuma kami punya hak untuk tahu duit itu digunakan untuk apa.itu sahaja.

        wajar untuk kami tahu kerana kami pengguna kolej dan ia yuran tambahan kolej.

  13. tsb bukannya reti menjaga kebajikan mahasiswa.. tapi, sibuk nak berkuasa kat UKM.. tolak TSB, tolak ASPIRASI!!!!

  14. ei draker. sejak bila syarat wajib penerima zakat mesti pointer bagus? mazhab mane kau belajar? pointer tak boleh menafikan hak seseorg tu nak dpt zakat. kalau dia dah layak untuk menerima, so takkan sebab pointer je hak dia dinafikan? sekolah agama mana kau belajar ni???

    memg x fhm ngn ukm ni. makan duit student ribu2. buat hape tah tak tau. tau la dah naik taraf jd research university. takkan semuanya pergi utk tujuan penyelidikan je? bukannya nak tampung2 sikit bahagian YURAN KHAS yg kolej adakan tu. haih~

  15. salam semua, kita tunggu mcm mane PRK kali ini..ada x isu yuran khas ni di timbulkan…

    korang rasa duit Yuran Khas ni pergi ke mane ek?

  16. apsal lak?? korang sendiri mengaku an kalau plajar sabah sarawak tu abeskan duit utk enjoy sbab duduk semenanjung..
    tujuan die dtg ukm nk blajar ke enjoy?? ko cube la jwap ayam oi….
    ko saje je an?? kalo la plajar2 xde duit, masakan setiap minggu penuh kat ktm ukm bdak2 ukm??
    duit enjoy bole.. duit blajar x bleh..
    xgitu draker??

    • excuse me anti kemusykilan..kalau bdak smnanjung dtg sbh srawak dorang nak duduk dlm blik je ke?tak nak explore??
      dah dtg tmpat org kene la explore..sesuaikan dgn environment..itupun bdak2 semnjung yg bawak..
      hoh tak sumenye nak enjoy..kalau enjoy releasekan tension itu untuk kbaikan..duit tu kenela pandai urus..itu kesedaran masing2..
      ang ape tau..maybe ang org kaye..
      ktm tuh pnuh sbb bdak ukm slalu blik rumah…sume bawa beg besau2..takkan bdak sbh srawak kot yg blik minggu2…jgn men tuduh je..
      -peace-

    • ingat org ramai kat Ukm g enjoy ke.

      ziarah org / sahabat.
      pergi majlis2 ilmu.
      pergi program2 kemasyarakatan.
      ziarah pakcik makcik.

      bising bha ko.ko bukan sabah lagi mau kecoh.
      buat malu jek.

  17. buat bnci yuran khas – kalo dpat pointer trok, nmpak sgt la an bdak tu x blajar bersungguh2.. kalo ko la, ko nak ke bg duit kat budak yg xberkeupyaan nk naekkan name ko??
    sia2 je la camtu..
    baek bg duit kat budak yg pointer bgos.. ade gak faedahnye…

  18. anti kemusykilan: aku kate dah. kat atas tu. kalau kau tak faham masalah kewangan orang, lebih baik diam bro. jangan buat orang sakit hati. satu hal kau kena ingat. pusat zakat bukannya JPA (yang kau dapat agaknya 5000 satu sem) mahupun biasiswa khazanah, bank negara atau apa-apa biasiswa yang mementingkan pencapaian pelajar. ini pusat zakat, semuanya berlandaskan hukum yang dah termaktub. Kau tunjuk dalil kat aku. Celah mana syarat wajib yang mengatakan selain penerima zakat seorang islam (atau syarat2 wajib lain) penerima tu harus pointer bagus? ini bukan JPA bro. ni zakat. sesiapa yang berhak, maka dia harus dapat. cakap biar pakai akal bro. jangan pakai lutut.

    kalau kau lebih suka menghukum orang yang tak cukup duit ni boros, tau nak enjoy je, silakan. memang kau tak mahu faham kesusahan orang lain. Hancur negara kalau kau jadi pemimpin nanti.

    • dia kena ulang balik buku darjah 1 nhe.sekolah rendah agama.bab rukun islam ada tentang zakat.
      siapa yang berhak terima zakat.
      anak yatim , org faqir.
      agak2 la if nak hina org yang x ada bapak / mak.
      agak2 la if nak lencun cakap kat org2 yang atas zink jek.
      kamu2…

      • plus, dia ni kena belajar balik hubungan etnik. nampak sangat dia benci kat org sabah/sarawak. memandai je buat persepsi mcm tu. dah la x berasas.

  19. dia belum amik hubungan etnik kot or dapat gred teruk dalam subjek tu.x apa husnu zon je la.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: