UKM johan Debat Keamanan Piala Menteri Pengajian Tinggi

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul johan pertandingan Debat Keamanan Ala Presiden Inter Varsiti Piala Menteri Pengajian Tinggi yang pertama kali diadakan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), di sini, malam tadi.

Kemenangan itu diperoleh menerusi pendebat mereka, Shafiq Mahadi yang menjadi pembangkang bagi melawan usul pertandingan tersebut iaitu sama ada debat harus diadakan bagi membincangkan isu semasa atau tidak.

UKM membawa pulang wang tunai RM5,000, piala pertandingan serta iringan, manakala naib johan iaitu Universiti Malaya membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta piala iringan menerusi pendebat mereka, Mohd. Firdaus Ahmad.

Sementara itu, tempat ketiga pertandingan yang turut disertai 30 pasukan daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta disandang oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Hadiah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mohamed Khaled dalam ucapan perasmiannya berkata, pertandingan Debat Keamanan Ala Presiden Inter Varsiti Piala Menteri Pengajian Tinggi itu akan dijadikan acara tahunan dalam usaha menjadikan pelajar yang matang dan produktif.

Katanya, UPNM juga akan diberi hak penganjuran menjadi tuan rumah pertandingan itu pada tahun berikutnya.

”Sekiranya kita dapati pertandingan ini mencapai objektifnya, kita tidak teragak-agak untuk meningkatkan jumlah hadiah kepada pemenang pertandingan ini,” katanya.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Ab. Rahim Md. Noor dan Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd. Noor. – Utusan Malaysia

Advertisements

One Response

  1. syabas ukm..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: