Berlapar Akibat Kafe Kurang Makanan

Bangi, 27 Jan 2011- Penghuni Kolej Pendeta Zaaba terpaksa berlapar apabila kafe di pusat kemudahan kolej tersebut kekurangan stok makanan bagi menampung jumlah penghuni yang ramai. Sudah hampir sebulan para penghuni kolej terbesar di UKM menghadapi masalah ini setelah kafe Setia Murni yang sering dikunjungi ramai berpindah tempat ke Kolej Ibrahim Yaakob.

Pemindahan kafe Setia Murni adalah berikutan dengan syarikat pemilik kolej tersebut iaitu Al-Kauthar yang mahu menyediakan sendiri makanan tanpa membuka tender kepada mana-mana peniaga lagi.

“Kalau nak turun makan tengah hari pada jam 12.00 tengah hari, mesti makanan dah habis. Terpaksalah kami ke kolej lain untuk makan,” Atikah, mahasiswi tahun 2 meluahkan rasa kekecewaannya.

Beliau menambah lagi, “Kami terpaksa membeli bekalan makanan yang banyak di bilik sebagai alas perut seandainya tidak sempat membeli makanan akibat makanan yang tak cukup untuk semua penghuni.

Lebih malang lagi apabila pada waktu cuti ketika tiada satu pun bas UKM yang beroperasi, makanan pula cepat habis. Susahlah kami nak beli makanan di kolej lain bagi yang tiada kenderaan macam saya ni.”

Katanya lagi, beliau dan rakan-rakan lain sangat tertekan dengan keadaan ini. Ramai yang kesal dengan kegagalan Al-Kauthar yang mahu menyediakan makanan untuk semua penghuni. Adalah tidak berbaloi mereka membayar yuran kolej yang paling mahal di UKM ini dengan perkhidmatan kelas rendah sebegini. Beliau mengharapkan mereka yang bertanggungjawab harus segera tangani masalah ini.-NadiUKM

Advertisements

12 Responses

  1. “Al-Kauthar yang mahu menyediakan sendiri makanan tanpa membuka tender kepada mana-mana peniaga lagi.”

    kaedah salah untuk menjalankan perniagaan. Consumer is the king…..

  2. mata duitan gile pengurus nie…sume nak bolot. x cukup lagi ke ngan keuntungan yg dia dapat tu. bengong betullll

  3. JAKSA mana JAKSA???

  4. buat la satu memorandum dari semua blok kat zaaba 2..suarakan masalah korang 2…jgn hanya sekadar bercakap je..aku rasa byk gak dak yg berjawatan selain jaksa kat zaaba 2..gn kan la diri 2 untuk menolong pelajar..atau pie trs ke bilik pmukm 2..suh dia setlekan isu nie..byk benda yg korang leh wat la..drpd kita membuang air liur baik kita guna kudrat yg ada tuk menolong kwn kita

  5. yuran mahal,kebajikan pelajar tak ambil cakne..

  6. Salam PMUKM untuk semua.. isu kafe Za’ba sudah diatasi.. Kertas cadangan kepada Naib Canselor sudah dihantar bagi membuka gerai2 sementara bagi menampung keperluan makanan pelajar. pihak kolej sudah uruskan.. insyaAllah..naik cuti raya Cina ni, ada perubahan.. tq..

  7. kalo dh PMUKM diam je nak wat ape…jgn buat pelajar ditimpa musibah, mana PMUKM aka HERO KAMPUS yg telah dilantik..jalankan tugas..kalau dh YURAN khas x blh dijelaskan kpd pelajar..inikan pula makanan kat kolej…bunuh anjing liar boleh je PMUKM buat, beri makan Peljar membisu je..

    apa nk jadi..aku dg bengang betol dgn sistem UKM ni..seolah2 makan duit pelajar..pelajar x jelas dgn sistem kewangan sure ramai fikir UKM ni mkn duit haram…aku x nak tudoh tapi korang fikirla sendiri

  8. salam…saya rasa sudah post komen dan penerangan berkenaan isu kafe di za’ba..knpe admin Nadi UKM delete komen saya??
    jelaskan…..

  9. please r. jangan kata makanan xcukup+xsedap, pekerja nya pun mcm sial. aku mintak roti canai satu pun lembap nak mampos. setengah jam kot bru dapat. padahal org xramai. pekerjanya siap isap rokok lagi. bodo! nsb baik harga mknn agak murah tp still xpuas ati! klw mknn murah tp bende xd (dh hbis) xguna jgk. sian aku tgk bdk2 zaba. dah mcm org nk mati kelaparan aku tgk..huh!!

  10. nk murah masak la sendiri… nk cepat??
    suruh mak kau masak la…

  11. btw the char kuey teoy stall vy nice..
    u might have a try..
    election coming.. we might ask for the wakil pelajar help..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: