Debat Presiden : GMUKM VS ASPIRASI

Bangi, 15 Februari 2011 – Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) sekali lagi akan dihangatkan dengan pertempuran debat antara Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) dan Aspirasi. Kedua-dua front tersebut merupakan antara front politik terbesar dalam kampus UKM. Maklumat debat adalah seperti berikut :

Program : Debat Ala Presiden

Tarikh      : 15 Februari 2011

Tempat    : Pusanika

Masa         : 8 Malam

Sebelum ini, pernah dianjurkan satu debat antara Aspirasi yang diwakili oleh Saudara Sarfarizmal  dan GMUKM yang diwakili oleh Saudara Hafiz berkaitan isu Sistem Penilaian Kopetensi Generik (SPKG) di Pusanika . Akan tetapi, disebabkan kegagalan Saudara Sarfarizmal untuk menampilkan diri, debat tersebut telah ditukar kepada debat terbuka. Setiap mahasiswa bebas untuk memberi hujah masing-masing berdasarkan apa yang difahami.

Namun, atas inisiatif Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) , maka debat antara ASPIRASI dan GMUKM sekali lagi dianjurkan. Presiden ISIUKM, Saudara Nazri ketika ditemui wartawan NadiUKM berkata debat ini dilakukan bagi membolehkan mahasiswa UKM menilai dengan teliti kedua-dua parti politik di UKM.

‘ Pilihanraya Kampus Bersih, Kembalikan Autonomi Kampus ‘ telah dipilih sebagai tajuk debat ini. Kali ini, Saudara Kamal Ali akan menjadi wakil bagi Aspirasi dan Saudara Fariq Fitri pula akan menjadi wakil kepada GMUKM.

ISIUKM sebagai penganjur debat dikatakan akan menjadi moderator  bagi debat tersebut. Namun begitu berlaku pertindihan maklumat daripada penelitian wartawan NadiUKM di Facebook yang mengatakan Kaukus Siswa Melayu (Kaukus), satu identiti yang tidak dikenali mana-mana pihak muncul sebagai moderator tersebut.

Dengan ini, NadiUKM seru kepada seluruh mahasiswa untuk kita datang ke dataran Pusanika bagi menilai pandangan kedua-dua front terebut supaya Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) akan datang mampu bergerak dengan lebih baik. -NadiUKM

 

 

Advertisements

8 Responses

  1. salam.Malangnya pada malam tersebut..ASPIRASI tidak menghantar wakil mereka, jadi Debat itu telah menjadi forum..

    Keadaan itu memberi kita gambaran tentang ASPIRASI.renung2kan..

    P/S:Kaukus Siswa Melayu menjadi moderator pada mlm tersebut

    KSM Merupakan satu pertubuhan yang bergiat aktif dalam Facebook..rujuk saja facebook mereka.;)

  2. assalamua’laikum,
    saya hadir dlm sesi debat ini, tapi ianya bukanlah debat dan ditukarkan kepada penerangan atas kerana pihak aspirasi – Kamal Ali tidak menghadirkan diri dalam sesi ini. Amat mengecewakan hati. Perlu perjelaskan ketidakhadiran dari pihak mereka kerana sesi ini sudah diaturkan dan telah dipersetujui oleh saudara Kamal Ali sendiri untuk hadir, tetapi malang…

    Aspirasi perlu lihat hal ini semula.

  3. kalut la korg nie.. budak2 gm xde pon jemput kamal ali utk debat nie..
    nie taktik lame an?? prk lepas pon gmukm n isiukm wat bnda nie jugak..
    pandai je kan ko nak jatuhkan aspirasi.. pasni mesti kutuk aspirasi pengecut la, ape la…
    keji giler taktik korang nie…tp maang.. taktik nie da digunakan tahun lepas… da xde efek sgt la…

    • Saudara anti kemusykilan,

      cara saudara jawab Kenapa ASPIRASI x muncul debat tu pun dh digunapakai 2 tahun lepas..semasa saya tahun 1 pun dgr mcm tu jugak, tahun lepas pn sama jugak…jawapan sama..entah2 tahun depan sama jugak..saya x menyebelahi Aspirasi or GMUKM. Tttpi Tindakan Aspirasi menunjukkan mereka Acuh Acuh dalam etika profesionalisme

    • erm, Aspirasi mcm xde modal je, xhabis2 xdijemput la ape la…alasan melambatkan sistem, seorang pemimpin yang profesional bukan begitu gayanya, seorang pemimpin perlu beranikan diri..xpayah la nk kene ada carpet merah bagai baru nk datang, lagipun dah jemput kot……ada alasan lagi? tepuk dada tnye diri…

  4. ada efek! sarfa kalah teruk!

    hahaha

  5. GM menang weyh..!
    x sabar ak nk tgk kebolehan kepimpinan GM..
    ak bru dapat berita, kali ni GM pegang Pesta Konvo UKM Ke-39…
    ak nk tgk bleh x korang handle sendiri program anjuran student terbesar kt UKM nie.. :))

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: