MPPK : PMUKM gagal membawa nama UKM

Bangi, 6 Jun 2011 – Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) di bawah pemerintahan Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) dilihat gagal membawa nama UKM dalam  Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang lepas. Ini kerana PMUKM dilihat gagal dalam menyurakan pandangan mahupun pendapat dalam sesuatu isu, bahkan PMUKM kali ini juga gagal dalam membentangkan kertas kerja cadangan kepada kerajaan dalam menyelesaikan masalah yang berlaku

Secara umumnya, MPPK adalah satu persidangan diantara persatuan-persatuan mahasiswa induk di setiap universiti bagi menyuarakan pandangan mahupun pendapat berkaitan  isu-isu kritikal yang berlaku baik di peringkat Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Pada kebiasaannya, dalam setiap mesyuarat MPPK yang diadakan, setiap kampus diminta untuk membentangkan kertas kerja cadangan kepada wakil kerajaan.

Dalam pada itu, pihak MPP Aspirasi di dalam blognya telah mendakwa bahawa Saudara Ahmad Muzamil Muhd Hairi gagal memimpin PMUKM dengan baik, malah telah menjatuhkan martabat UKM dalam mesyuarat tersebut. Tegas MPP Aspirasi lagi, PMUKM di bawah Saudara Muzamil langsung tiada pendirian, pandangan mahupun idea bernas dalam merespon isu-isu kritikal yang berlaku saban hari justeru mencemarkan kepercayaan yang diberikan oleh Mahasiswa UKM.

Selain itu, Saudara Kamal Ali yang merupakan pembentang kepada kertas kerja cadangan dalam MPPK yang lepas melahirkan rasa kecewanya terhadap PMUKM kali ini kerana tidak mengambil serius terhadap kertas kerja ini biarpun beliau telah pun bersedia untuk membantu dalam membangunkan kertas kerja cadangan tersebut.

Tindakan PMUKM selaku wakil kepada seluruh mahasiswa UKM sedikit sebanyak menjejaskan imej mahasiswa UKM justeru mendatangkan persepsi negatif terhadap masyarakat luar.

 

Advertisements

4 Responses

  1. MPP ASPIRASI mengatakan KPI PMUKM merudum adalah disebabkan ketiadaan projek paper yang dibentang oleh PMUKM ketika Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) sedangkan kampus yg diminta oleh KPT untuk membentangkan projek paper adalah UTM,UIAM,UMK,UPM,&USM sahaja. (ini sudah tidak baik kerana spin maklumat utk kepentingan diri)
    Juga mendengar khabar drpd pembentangan yg dipilih itu, hanya UIA saja paperworknya dibuat oleh MPP sendiri. Kampus lain itu dibuat oleh pentadbiran.

  2. bg masa okeyh..n then nilai….awal lg…lek lu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: