ISIUKM anjur Forum 1 Malaysia

048Bangi, pada malam jumaat yang lalu iatu 2 oktober, Ikatan Studi Islam telah menganjurkan Forum yang bertajuk Satu Malaysia : Apakah peranan mahasiswa , sempena dengan malam anugerah kecemerlangan persatuan tersebut.

Panel yang dijemput ialah Sdr Ann Wan Seng wakil dari MAGMA dan juga Presiden ISIUKM sendiri iaitu Sdr Idris Yussof. Maderatornya pula ialah Sdr Nazri Tahir yang juga merupakan exco Persatuan Fakulti Pengajian Islam. Sdr Idris dalam ucapannya ada menyebut “ gagasan satu Malaysia merupakan perkara cukup baik jika dapat dilaksana dengan betul dan adil kerana menjamin kesejahteraan semua kaum, perkara ini juga yang Islam tegaskan” ujarnya yang juga dimaklumkan merupakan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Tambahnya dalam ucapan yang lain “ peranan mahasiswa sangat penting dalam membawa agenda Negara, jika satu Malaysia hendakkan keberjayaannya, mahasiswa perlu memainkan peranan mereka dari alam kampus ini lagi” tegasnya dengan memberi contoh Negara-negara yang menuntut keadilan kesamarataan dan perpaduan kaum, kesedarannya bermula dengan mahasiswa.

Dalam pada itu Sdr Ann Wan Seng pula dalam ucapanya menekankan aspek persefahaman antara kaum merupakan tonggak kejayaan bagi gagasan satu Malaysia, tegasnya “ kita bercakap bukan sekadar teori semata-mata tapi praktikal itu yang penting, orang Melayu realitinya masih pandang seorang pada orang cina”ujarnya sambil berseloroh “ kalau cina mati, orang melayu kata cina mampus”. Forum pada malam itu juga telah dihadiri lebih dari 150 orang termasuk kaum cina dan juga india bagi menerima penganugerahan pelajar cemerlang. Gagasan satu Malaysia ini merupakan pembawakkan Perdana Menteri sekarang iaitu Dato` Seri Najib Tun Razak setelah beliau dilantik menjadi Perdana Menteri.

Sebelum ini PMUKM yang diterajui Sdr Nasir dikatakan tidak berkemampuan menyatukan semua bangsa di UKM ini, kerana kebanyakkan program lebih tertumpu kepada sesuatu bangsa tanpa persefahaman yang baik seperti Pesta Ullambana dan Pesta Tanglung yang sedang rancak berlangsung sekarang ini.