Fenomena “ USRAH” di Masjid UKM

masjid ukmBangi, 9 Oktober, masjid UKM  menyaksikan kelibat kumpulan-kumpulan perbincangan kecil bertebaran di dalam masjid UKM. Selepas dari menunaikan solat jumaat didapati kumpulan-kumpulan kecil ini bertebaran mencari kawan masing-masing.

Seorang pelajar yang terlibat dalam salah satu kelompok Sdr Aminuddin “ setiap minggu kami adakan usrah ni, masa ni banyak boleh kongsi idea, jumpa kawan-kawan sama” ujarnya yang merupakan pelajar Fakulti Pendidkan tahun 2.

Seorang pelajar PHD  Sdr Bashar yang turut terlibat “ kita selalu buat, jumpa kawan-kawan satu Negara, bina silatul rahim, selepas jumaat memang kita ada jumpa, waktu lain susah mahu jumpa kerana sibuk hal masing-masing” jelasnya yang merupakan warga negara Bangladesh.003

Salah seorang kaki tangan masjid bila ditanya berkenaan kelompok kecil ini, ada menyatakan “masjid ni tempat kita buat banyak benda, kena hidupkan masjid ni, saya setuju sangat la budak-budak ni buat usrah ni, suasana tu nampak seronok” ujarnya yang telah berkhidmat hampir 5 tahun di masjid UKM.

Kumpulan-kumpulan perbincangan ini dianggarkan lebih dari 20 kelompok, dalam setiap kumpulan melibatkan 3-5 orang dan masing-masing sibuk dengan perbincangan masing-masing.

Sebelum ini isu yang pernah timbul, siswi yang mengadakan usrah disurau disalah sesebuah kolej kediaman telah didenda sehingga menjangkau ribuan ringgit, dikatakan menceroboh kerana tidak mendapat kelulusan dari pihak pentadbiran kolej tersebut