Siswi Murtad : Siapa Harus Cakna?

BANGI, 22 Mac | 9.15am – Berikutan kes murtad yang baru saja pihak nadi dedahkan, sehingga menyebabkan trafik blog NadiUKM meningkat dari 34 pada sehari sebelum berita ini dikeluarkan kepada 1264 pada hari seterusnya. Ini membuktikan berita ini sangat mendapat perhatian masyarakat kampus.

Timbul pula persoalan siapa harus cakna dengan isu ini. NadiUKM hanya mampu untuk memberitakan kepada masyarakat kampus. Harapan pihak NadiUKM mana-mana persatuan mahasiswa yang mempunyai autoriti haruslah cakna perkara ini.-NadiUKM

Sebelum ini, warga UKM telah menyaksikan perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar atau PMUKM untuk membawa harapan dan sinar kepada mahasiswa. Mahu atau tidak, PMUKM lah sebagai satu tempat rujukan segala permasalahan mahasiswa. Namun, apabila isu ini timbul, bukanlah PMUKM saja yang perlu cakna. Tetapi mana-mana pihak yang berasa bertanggungjawab harus mengambil tindakan secepat mungkin.

18 Responses

  1. seharusnya KITA SEMUA yg mengaku TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH, NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH perlu cakna akan isu ini. sebarang maklumat drpd pihak sahabat2 semua, harap dapat salurkan kpd pihak kami di email kami isi_ukm@yahoo.com. utk tindakan yg seterusnya.

  2. ISIUKM mane, jalankan peranan antum sebagai gerakan dakwah…selesaikan isu murtad segera

  3. PMUKM mana??
    exco kerohanian pun xda.. haih

  4. setuju.. exco kerohanian patut di WUJUDKAN segera… kata 3 org atasan adalah exco kerohanian, serah la pada mereka.. ntah2 haru biru.. hape la..~

  5. tgk nc sndri r….hukum islam mcm pndng serong jek

  6. kepada ,CIPAN….kalo anda seorng muslim…anda tahu tnggungjawab anda…bkn mnuding jari kt org lain
    sekian

  7. TIme2 mcm ni baru nak hrpkan ISIUKM??jgn cetek sgt pemikiran..bukan org2 ISI je yg beragama islam,stiap muslim bertanggungjwb dlm hal ni.

  8. Kamon… Gaduh2…
    saling tembak menembak…
    tak perlu rasa tanggungjawab.. kita cari sapa yang salah… jgn salahkan diri sendiri…
    Ironi kan?

  9. Isu murtad nii bukan perkara main2…kena ada golongan yg betul2 arif nk ajak dia kembali kepada Islam,hujah kene kuat yang dia kene kembali pada Islam,jgn bertelagah dah,sape2 yang mngakui sebagai orang Islam kene ada rasa tanggungjawab ini..kepada yang mmpunyai kuasa lebih JAKIM,Pusat Islam,PMUKM,ISIUKM,Jaksa Kolej..dan sape2 je kne rasa tanggungjawab ok..ni mengenai akidah umat Islam..jatuhkan ego masing

  10. betul2..rujuk pd org yg paling arif..

  11. assalamualaikum w.b.t.,

    atas dasar tanggungjawab saya sebagai orang Islam, saya akan memainkan peranan dalam mencari permasalahan yang dihadapi, punca sebenar, sesi kaunseling, dan cara penyelesaian yang berkesan. Sehubungan itu, saya memohon jasa baik tuan/puan, mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia supaya memberi maklumat mengenai mahasiswi yang diperkatakan tersebut. anda bolehlah menghubungi saya melalui talian 013-2509846, atau emel, rasydanpmukm@yahoo.com.

    tidak elok jika kita menuding jari antara umat Islam sendiri. Sepatutnya, mahasiswa/i yang cerdik pandai, perlu mainkan peranan, dan adukan hal ini kepada yang lebih arif dalam Agama Islam, supaya, hal ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Bukan dengan cara menuding jari, menuduh, memfitnah, yang tiada penyelesaian untuk sesuatu masalah.

    Terima kasih. Assalamualaikum.

  12. minta jasa baik NadiUKM atau mana2 pihak yang tahu siapakah individu yg murtad itu untuk memberikan apa2 sahaja maklumat seperti nama,jurusan atau dari kolej mana kepada firdauspmukm@gmail.com

    kita akan cuba yang terbaek untuk memperbetulkan kembali jln insan tersebut jika kenyataan ini benar.Diharap pihak NadiUKM dpt memberi respon secepat mungkin jika kita semua saudara yang mengambil berat mengenai kes2 sebegini.

  13. x kan sume nak harap isiukm, perkim, fpi n yg ade kalimah islam je kne wat kje utk jaga org islam?????
    setiap manusia yg b’status agama islam adalah b’tanggung jawab sama dalam m’jaga umat islam yg lain!!!!bukan hanya pihak tertentu shj yg nak jaga.apa, igt kje dorng ni nak jaga org yg nk kuar islam je k?
    nk tarbiyah yang islam ni pon x cukup tangan buat.yg korang asyik nak menyalahkan pihak islam x buat kerja dakwah.tapi anda sendiri yg x buat kerja dakwah x pernah lak terpikir.
    jgn nak menyalahkan org, tapi letak tggjwb untuk islam 2 kpd diri sendiri.

  14. banyakkan program yg berkaitan…
    sebenarnya isu ni telah lama sebenarnya..tetapi tidak perasan…dakwah bukan hanya tertumpu pada program2 yang dibuat tapi akhlak sebagai seorg muslim perlu jaga…merupakan sebagai dakwah juga..syukran…

  15. kbnyakan sekrang pelajar terdedah dgn maksiat dn mutad so kna BYKKKN pogram2 islamik supaya mereka x lalai sgt

  16. saya amat berharap sgt2 pd staff2 sebuah kolej ni utk menilai smula cdgn utk mencampurkn kaum yg berlainan dlm satu bilik..sy amat risau kalo kesannye nnt akan jd seperti brita di atas.niat mereka baik, utk mengeratkn hbgn antara kaum2 lain disamping dpt knl budaya msg2, tp bg sape2 yg lemah iman akn mudah tewas jika xdibantu..ada byk cara lain utk kite eratkn silaturahim dgn kaum2 y lain tp cara utk meletakkn kaum yg berlainan dlm satu bilik amat membahayakn sdgkn bukan shj aurat antara perempuan muslim-non muslim tp laki pun same.(malaikat pun xakan masuk bilik) malangnye majoriti pelajar kolej tersebut (termasuk plajar muslim) bersetuju dgn cdgn pihak kolej.huhu.. kami suara yg minoriti ni, wlwpun tnp pengetahuan ilmu agama yg tinggi ditindas begitu sj.hrp2 pihak kolej tersebut bole menilai smula cdgn tersebut..fkr utk kmudian hari, bukan fikir utk hari ini..terima kasih (sekadar utk berkongsi)

  17. Kepada kalian semua. Jangan menangguk di air yang keroh. Jangan masing2 menuding jari ke arah orang lain.

    Sepatutnya level anda ini berbincang secara matang, bukan bertumbuk dan menendang.

    Ini tanggungjawab masing2. Kesedaran dalam diri harus ada. Masing2 ada peranan masing2.

    Renungkan.. Jangan singkatkan pemikiran anda.

  18. salam maal hijrah moga kedatangan tahun baru ini lebih mendapat cemerlang dan diberkati

Leave a reply to anonymous Cancel reply